Tuesday, 18 February 2014

LIM KIT SIANG NYAMUK AEDES,PEMBAWA DEMAM DENGGI!!!


Bukti Lim Kit Siang Seorang Ekstremis Cina yang Pengecut Kini Dibongkar!!!KLChronicle


Entah kenapa terasa loya tekak apabila membaca 
blog Kit Siang pada 16 Februari lalu yang 
menyeru rakyat Malaysia agar “Cintai 
Malaysia, Selamatkan Malaysia” (Love Malaysia, 
Save Malaysia).  Kit Siang menyeru 
sedemikian kononnya untuk menentang 
sekumpulan kecil rakyat ‘tidak berjiwa Malaysia, 
yang giat menyemarakkan semangat perkauman. 



Biarpun seruan tersebut adalah seruan yang 
murni, namun, kita mempunyai masalah 
untuk mencernanya kerana Kit Siang itu 
sendiri langsung tidak berjiwa Malaysia. 

Kit Siang yang kita kenali adalah pencetus 
rusuhan kaum 13 Mei.  Sehingga kini, Kit Siang 
tidak pernah merasa bersalah ataupun 
menyesali tragedi itu, malah menafikan 
pula penglibatannya serta berusaha 
mengubah sejarah. 

Parti Kit Siang menolak sejarah negara ini 
sehingga ke tahap enggan mengiktiraf 
kedudukan tulisan jawi dalam sejarah negara.  
Parti Kit Siang enggan menerima hakikat bahawa 
teras identiti negara adalah bangsa dan 
budaya Melayu, yang merupakan penduduk 
asal.  Kit Siang lebih selesa berbahasa Inggeris 
dan lebih gemar memperjuangkan 
Bahasa Mandarin.  Kit Siang inginkan 
perpecahan antara kaum kekal melalui 
sekolah-sekolah vernakular.  Kit Siang juga 
terus mempertikai Hak Istimewa Melayu dan 
agama Islam sebagai agama rasmi negara 
yang menjadi formula perpaduan terbaik, 
sekali gus, tonggak identiti Malaysia. 

Sifat perkauman Kit Siang semakin terserlah 
sejak Akta Hasutan dihapuskan di mana 
penyokong Kit Siang-DAP-PR begitu 
giat memprovokasi, mencabar dan menghina 
Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam di 
laman-laman sosial mereka.   

Pendek kata, tiada apa-apa yang ‘Malaysia’ di 
dalam diri Kit Siang melainkan Cina dan Cina 
semata-mata.  Oleh itu, apabila Kit Siang 
berkata ‘cintai Malaysia’, kita terasa begitu loya. 

Satu perkara mengenai Kit Siang atau DAP 
ialah mereka gemar menggunakan ayat samar 
atau umum dalam memperkatakan 
sesuatu isu.  Sekiranya mereka ingin 
mengutuk Melayu, mereka akan merujuk 
kepada UMNO dan jika mereka ingin 
memperjuangkan Cina, mereka merujuk diri 
mereka sebagai rakyat Malaysia (Malaysians).  
Dengan cara ini, mereka boleh menafikan 
bahawa tindakan mereka adalah rasis 
sekiranya diserang balas. 

Apa jua strategi mereka, matlamat DAP hanya 
satu, iaitu merampas kuasa politik Melayu. 

Dalam usaha itu, parti ini telah dengan 
sengaja menyemarakkan isu kalimah Allah. 
Tumpuan utama DAP adalah untuk merebut 
Sabah dan Sarawak yang majoriti 
penduduknya adalah Kristian.  Maka, saban 
hari isu ini dimainkan di semua media 
pembangkang seolah-olah ia merupakan isu 
hidup dan mati penganut Kristian.  
Kononnya, kerajaan tidak memberi 
kebebasan beragama, UMNO parti rasis 
manakala pemimpin UMNO pula tidak menepati 
slogan kesederhanaan. 

Biarpun isu tersebut telah diputuskan oleh 
mahkamah, Kit Siang dan partinya mengambil 
sikap tidak peduli dengan undang-undang dan 
terus menyemarakkan keadaan dengan 
berbagai tuduhan terhadap kerajaan, UMNO, 
Melayu dan umat Islam.  Setiap kali 
melancarkan serangan, Kit Siang bersembunyi 
di sebalik nama ‘Malaysian’, dan bukan Cina - 
sambil mengutuk ‘UMNO’, dan bukan Melayu. 

Justeru, apabila orang Melayu bertindak balas 
dengan mensasarkan kepada DAP dan orang-
orang Cina, maka Kit Siang akan menuduh 
UMNO sebagai rasis, orang Melayu 
sebagai pengganas manakala orang Islam itu 
ekstrem.

Namun, apapun label yang Kit Siang berikan 
kepada orang-orang Melayu, ia tidak 
mengubah hakikat bahawa Alvivi adalah 
penyokong DAP, begitu juga dengan anak-anak 
muda Cina yang menterbalikkan bendera 
Malaysia dengan bangga.  Ia juga tidak 
mengubah hakikat bahawa kalimah Allah tidak 
pernah menjadi isu sehingga pihak Kristian 
menuntut penggunaannya dan mencabar 
undang-undang. 

Dalam kata lain, bukan orang-orang Islam atau 
Melayu yang menghina Injil, Jesus atau perayaan 
dan agama orang-orang Cina di laman-
laman sosial.  Bukan orang Islam yang 
menghalang orang Cina atau Kristian 
untuk mengamalkan agama mereka.  Bukan 
pemimpin Melayu Islam yang merampas tanah 
dan perniagaan bangsa lain. 

Tetapi orang bukan Islam yang menyuruh guru 
dan penyanyi Islam membuka tudung sekiranya 
ingin bekerja dengan mereka.  Orang bukan 
Islam yang melanggar undang-undang dan 
mencabar perlembagaan.  Pemimpin bukan Islam 
yang menindas orang Melayu Islam dengan 
merampas tanah dan perniagaan mereka.

 Justeru, pihak manakah yang ekstrem 
atau pengganas di sini?  Islam atau bukan 
Islam?

Jelas sekali, pihak bukan Islamlah yang sengaja 
ingin mencetuskan ketegangan bagi 
mengumpan tindak balas dari orang Islam.  
Umpan tersebut akhirnya membawa hasil 
apabila Molotov koktail dilempar di gereja dan 
kepala khinzir diletakkan di masjid. 

Tidak dapat dipastikan angkara siapakah semua 
ini dan tidak mustahil ia adalah angkara pihak 
ketiga yang ingin melihat rusuhan kaum 
berlaku di negara ini. 

Namun, angkara siapapun ia, sedarkah kita 
bahawa semua ini tidak akan berlaku jika 
orang-orang bukan Islam yang sependapat 
dengan Kit Siang benar-benar menghayati 
identiti Malaysia serta akur kepada 
undang-undang dan perlembagaan. 

Malang sekali, Kit Siang adalah seorang yang 
tidak bertanggungjawab dan pengecut. Beliau 
hanya berani membaling batu dari 
belakang komputernya sambil membuat provokasi 
dan mencabar kerajaan melalui rangkaian 
dan penyokongnya, tetapi di masa yang sama, 
beliau menyembunyikan tangannya.  Kini, 
apabila keadaan semakin getir, beliau pula 
yang terhegeh-hegeh ingin berjabat tangan 
dengan BN, konon untuk ‘bekerjasama 
demi perpaduan dan keamanan negara’.   

Untuk pengetahuan Kit Siang, rakyat tidak 
sebodoh penyokong-penyokong DAP. Majoriti 
rakyat boleh membaca strategi DAP 
melalui blognya.  Apa yang jelas, DAP adalah 
sebuah parti ektremis Cina yang zalim lagi 
hipokrit yang sanggup menggadaikan nyawa 
rakyat dan kemakmuran negara demi kuasa 
politik Cina-KLChronicle

1 comment:

Anonymous said...

Sian die, dah tak lama dah tu.