Wednesday, 26 February 2014

CARA-CARA LELAKI MENGENALI WANITA DAN MENAWAN HATINYA!!!




Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. 

MINAT YANG INI?

ATAU MINAT YANG INI??

MUNGKIN JUGA MINAT YANG INI???


Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki.


Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang:


1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membabitkan perasaan


2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.



3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.



4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.



5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi 

lebih banyak dirasakan oleh wanita.


6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya.



7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapkan rasa bosan dan jemu. Dan sebab itulah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. 



Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri.


8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.


9.Bersikap penggoda kerana wanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenangi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum.



Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. 


Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. 


Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki.


Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki



Ada ramai wanita di dalam dunia ini. Tetapi adakah semua wanita itu mampu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. 


Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? 


Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita.


1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut.


2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan.



3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita.



4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.



5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya.



Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.

1 comment:

Anonymous said...

Fizikal penting, tp lg penting akhlak dan agama, kalau dpt kedua duanya sbg seorg isteri, Alhamdulillah, sebaik baik hiasan dunia.
Kalau muka cantek, fizikal menarek tp akhlak buruk, kejap je suka, masuk 3-4 bulan, meluat. Mula la start gatal nak carik yg lain.