Tengku Puan & Tengku Mahkota
Pahang Turun Padang Bantu Rakyat
Mangsa Banjir!!!
"Raja dan Rakyat Berpisah Tiada" satu
ungkapan yang sangat indah bagi
menggambarkan betapa kita orang-orang
Melayu bertuah kerana mempunyai
-Raja Melayu yang tidak menjadikan
"DARJAT" sebagai penghalang kepada
mereka untuk mendekati dan bersama
membantu rakyat yang dalam kesusahan.
Menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk
turut serta dalam usaha-usaha yang dilakukan
untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan.
Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan
Pahang sendiri sebagai contoh, langsung
tidak berasa kekok untuk turut serta. Tengku
Puan boleh memasak untuk rakyat dan Tengku
Mahkota pula boleh turut sama mengagihkan
makanan. Tiada perasaan jijik dalam diri
mereka kerana bagi mereka rakyat adalah
sebahagian dari hidup mereka.
Gambar-gambar yang diambil bukanlah
dilakonkan atau diedit tetapi adalah
gambaran sebenar kejadian dan gambar
sebenar kehidupan seorang Anak Raja
yang selama ini menjadi bahan
hinaan Cina-Cina DAp yang kurang ajar.
Bangsa melayu sendiri hari ini terpengaruh
dengan "MISI-MISI GELAP" pembangkang
yang mahu menjatuhkan Institusi Raja Melayu
yang mereka tahu selagi ianya tegak berdiri
selagi itulah mereka tidak akan dapat
merampas negara ini dari tangan Orang Melayu.
Mereka menjadikan hak Raja-Raja itu sebagai
bahan fitnah mereka untuk memberi kepada
rakyat khususnya Bangsa Melayu yang Raja-Raja
Melayu ini membazir dan bermewah-mewahan
menghisap darah dan titik peluh rakyat.
Biar apapun kata mereka, biar apapun fitnah
mereka, biar apapun rancangan mereka,
kita sebagai Orang Melayu, Bangsa Melayu
Beragama Islam tetap akan akan
mempertahankan Kedaulatan
Raja-Raja Melayu.
Biar Hancur Badan Dikandung Tanah,
Mengundur Pantang Sebelum
Ajal Menjemput!!
Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!! Daulat Tuanku!!
PERBEZAAN YANG KETARA!!!
PERBEZAAN YANG KETARA!!!
1 comment:
Tg Puan Muda adinda Sultan Johor. Bangga patik sbg rakyat Johor.
Daulat Tuanku.
Post a Comment