Tuesday, 17 December 2013

KECANGGIHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PENYEMAI ANTI SOSIAL!!!






KECANGGIHAN TEKNOLOGI ALAF BARU BEGITU PESAT DAN DINAMIK! KECANGGIHAN SENTIASA DIPERBAHARUI DARI MASA KE SEMASA.DARIPADA BUKAAN TANGAN KEPADA KAWALAN JAUH.DARIPADA PUSINGAN KEPADA PICITAN.DARIPADA PICITAN KEPADA SENTUHAN!!

MANUSIA JADI SEMAKIN MALAS DAN MANJA.MANUSIA SEMAKIN JADI ANTI SOSIAL.MEREKA LEBIH BERSOSIAL DI FACE BOOK.ANAK-ANAK SEMAKIN RAMAI OBESITI 
KURANG SENAMAN JASMANI.

MENGHADAP GAJET TERKINI SAMPAI TAK NAMPAK ORANG DI SISI.AJAK MINUM BERAMAI-RAMAI NAK RAPATKAN SILATURAHIM.

10 ORANG ASYIK BERMAIN GAME BERLAWAN SESAMA SENDIRI. 1 ORANG TERBELINGAS-LINGAS,TERHELING-HELING SEORANG DIRI.AKHIRNYA ANGKAT PUNGGUNG BAWA DIRI DARIPADA BENGONG TIDAK DIPERDULI!!!

KECANGGIHAN TEKNOLOGI BANYAK KEBAIKANNYA KEPADA KEMAJUAN MANUSIA.NAMUN BEGITU TEKNOLOGI CANGGIH JUGA MEMBAWA KEPADA KEADAAN LUAR KAWALAN DAN JANGKAAN.MANUSIA MAKIN MALAS.MANUSIA MAKIN MANJA.MANUSIA MAKIN MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.

MANUSIA JUGA TIDAK LAGI MEMENTINGKAN HUBUNGAN SOSIAL YANG AMAT DIPERLUKAN OLEH MASYARAKAT SETEMPAT.JIRAN SUDAH TIDAK KENAL MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN.SEPUPU SEPAPAT,SANAK SAUDARA SUDAH TIDAK LAGI KENAL SESAMA MEREKA KERANA TERLALU JARANG BERTEMU DAN BERMESRA.TIDAK BERKAMIL.

BIASA LAH,SESUATU YANG ELOK AKAN ADA JUGA KESAN KEBURUKANNYA.KERETA YANG ELOK BOLEH JUGA MENGUNDANG KEMALANGAN.

SESUATU YANG CANGGIH ITU KALAU TIDAK BETUL SIKAP MANUSIA MENGENDALIKANNYA MAKA KECANGGIHANNYA TIDAK BERMAKNA!!!

No comments: