Wednesday, 11 December 2013

Isu Pakai Tudung Biarawati!!!







Entry post kali ni di cetuskan oleh kawan 
aku, yang memohon aku memberikan 
pendapat pasal masalah tudung Biarawati 
(nuns) ini. Dan sebelum itu lagi aku dah 
dapat banyak request untuk nyatakan 
pendirian aku pasal hal ni, sekarang aku 
akan bagi pendapat aku..


Zaman aku budak-budak dulu, kami tak 
aktif sangat dalam Friendster, Myspace 
dan Facebook pun belum wujud lagi, tapi 
masa tu dah adanya golongan manusia 
yang takde kerja duk spam-spam email 
pasal dakyah kristian la, mimpi imam 
pasal org yahudi la, kiamat, makanan 
ada katak dan babi dan macam-macam 
lagi.


Benda yang buatkan lagi best email ini 
adalah ianya Hybrid dengan surat berantai, 
lepas dah bagi maklumat mengarut, dia 
orang tulis pulak kat bawah bahawa wajib 
sebarkan kalau tak nanti nasib malang. 
Maka berbondong-bondonglah semua 
office worker dan Ustaz wannabe 
sebar-sebarkan walaupun dorang tak tau 
fakta sebenar.


Setelah reda beberapa tahun lepas dengan 
Isu email berantai aka spam ni, datang pulak 
Musim FB, tiba-tiba.....TIBA-TIBA timbul balik 
semua cerita lapok dan basi tu di share di 
wall-wall fb, dan yang paling banyak share 
benda lapok/fakta tipu ni adalah budak yang 
baru habis sekolah, atau pakcik makcik yang 
baru berjinak-jinak dengan Fb dan internet.


Dengan Isu ikan keli haram makan najis, isu 
air holy water dan paderi gereja, suara 
yakjud dan makjud dari dalam lubang di 
Russia, isu Pakai tudung pin belakang 
nampak macam biarawati (nuns) kristian 
dan banyak lagi. Dan semua perkara ini 
berlaku kerana umat manusia makin 
ramai yang takut untuk berfikir secara 
common sense dan paling tidak berfikir
 dulu sejenak sebelum klik button share 
itu.
*****************************

Mari kita selak satu persatu checklist yang 
aku akan bincangkan dibawah ini secara 
santai, dimaklumkan bahawa aku tak 
perlulah nak buat citation lengkap fatwa 
khas dari  Ulamak dahulu kala dan mujtahid 
kerana aku yakin kau orang semua dah 
pandai nak google info itu.


Beberapa perkara yang perlu korang fikirkan 
sebelum korang memfitnah Nuns Kristian 
menyebarkan dakyah pakai tudung pin 
belakang.


1) "Jangan pakai Tudung pin belakang 
yang ketat di bahagian leher kerana ia 
menyerupai Biarawati Kristian"


a) Pertamanya, tuduhan di atas menjadi 
sangat jelik kerana kamu semua memfitnah
 Biarawati Kristian menyebarkan dakyah 
tersebut secara senyap kepada Muslim 
bagaimana cara mahu pakai tudung.


adakah korang sedar dalam seketika, 
Makcik-makcik yang duduk dalam ceruk 
kampung, bila masa yang diorang bertemu 
muka dengan Nuns? bila pulak diorang ada 
baca flyers pasal cara pemakaian tudung 
nuns?


Ini hanyalah kebetulan kerana fesyen 
tudung tersebut direka dan kemudian 
nampak cantik, jadi perempuan pun 
pakai, bukanlah ada satu organisasi yang 
memberikan tudung ni secara percuma, 
supaya bila muslim pakai diorang semua 
jadi nampak mcm Nuns.....


Orang perempuan kristian sendiri pun tak 
pakai tudung masa bersosial kecuali nuns, 
walaupun dalam kitab bible ada disebutkan 
bahawa menutup rambut bagi penganut 
kristian adalah wajib.


b) Jika kamu hendak menggunakan hujah 
pemakaian tudung sepit belakang itu 
menyerupai Nuns Krisitian dan ia adalah 
sesat.


-- maka kamu perlulah menyesatkan jugak 
Jubah-jubah imam, bilal, ulamak kerana 
mereka jugak memakai jubah yang sama 
dengan jubah Rabai Yahudi, Jubah-jubah
 ini jugak tidak berbeza dengan jubah 
paderi krsitian Ortodox.


-- Tidak adillah jika kamu ambil separuh 
dan sorok separuh, atau kamu sebenarnya 
tidak pernah berfikir akan hal ini terlebih 
dahulu sebelum gatal tangan pergi share 
notes tudung Nuns itu!


-- Kamu juga patut menyesatkan mereka 
yang memakai Kupiah yang sama dengan 
penganut agama Yahudi juga, kamu juga 
wajib juga melarang Umat islam yang 
memakai baju kemeja, Tshirt, Jeans dan 
tali leher semasa mereka menunaikan solat, 
sebab pakaian yang aku sebutkan di atas 
semuanya adalah ciptaan orang kafir dan 
kalau mengikutkan kata kau orang, sesiapa 
yang menyerupai sesuatu kaum maka 
mereka tergolong dalamnya.


2. "Kau tak boleh cakap macam tu, kau 
jangan menolak Hadis dan mempersendakan 
Ulamak yang mengajar tentang hadis 
tersebut. Betul lah apa yang diorang cakap, 
barang siapa yang memakai sesuatu 
menyerupai sesuatu kaum itu maka mereka 
tergolong dalamnya...."



a) Sebelum korang menggunakan hadis itu 
untuk justifikasi akan fitnah korang, korang 
kena faham dulu konteks hadis tu. Jangan 
main sebat je ikut suka hati.


Hadis tersebut berbunyi begini :

Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda;

"Sesiapa menyerupai satu kaum,
        dia dari kaum tersebut"


 (HR Imam Abu Daud dari Ibnu Umar).



Adapun hadis ini berkenaan pakaian atau 
aksesories yang khusus dalam satu-satu kaum 
yang exclusive bagi upacara ritual keagamaan 
mereka atau identiti mereka, namun pakaian 
seharian yang mana kebetulan dan tidak 
exclusive menjadi identiti tidaklah pulak di 
suruh kita elak. kalau nak elak semua, jenuh. 
Spender kau orang pun orang kafir yang reka.


Tu belum nak sebut bra lagi, jam tangan, 
bla bla bla bla bla bla bla... kalau nak sebut 
semua, mau penuh blog aku cerita hal ni je.


Contoh-contoh pemakaian aksesories yang 
ditegah umat Islam memakainya kerana ia 
akan menimbulkan Fitnah dan org akan 
menganggap korang sebahagian dari agama 
itu adalah seperti berikut :


i) Salib


ii) Nande' / Bindi / Tilakas ( ataupun lukisan 
garis lurus, titik merah atas dahi bagi 
penganut agama Hindu)


iii) Jubah kuning sami, tasbih sami buddha


iv) imej-imej Tuhan berhala yang di print 
pada baju. atau dipakai di rantai gelang 
atau cincin.


v) dan lain-lain yang apabila kau orang pakai 
maka kau orang akan dikenali sebagai 
penganut agama itu.


Pesanan Rasulullah saw ini adalah 
sebagai peringatan, untuk 
mengelakkan Muslim dari 
menggunakan alasan bahawa 
penampilan tidak menunjukkan 
iman dalam hati. Dan juga 
bagi mengelakkan fitnah.


Aku nak tanya, adakah terdetik dalam hati 
kau, bila nampak Mak, adik atau kakak korang 
pakai tudung pin tengkuk tu, boleh timbul 
was was bahawa mereka convert kristian 
atau mereka memuja budaya kristian?


Sudah tentulah bukan, Perempuan pakai 
tudung macam tu sebab kebetulan je nampak 
sama dengan Nuns, aku tak percaya ia adalah 
dakyah kristian, dan dengan mengatakan 
bahawa ia adalah dakyah kristian telah 
membuatkan kau orang terlibat dalam 
sektor fitnah. BERDOSA!


Selagi mana pemakaian tudung itu menutup 
aurat selaras dengan Syarak maka ia tidaklah 
menjadi salah, lainlah kalau Dia pakai tudung, 
pastu gantung salib kat hiasan batu ladung tu,  
atau pun dia pakai tudung dan robe yang sama 
sebijik macam nuns, takpun dia pakai tudung 
tapi pakai mini skirt.


kalau kau orang berdegil menyatakan 

bahawa pakai tudung macam tu adalah 
salah, aku sarankan kau orang buat jugak 
Nota/entry/blog post/flyers.


Kempen untuk menasihat dan 
melarang Imam, Ulamak dan pak Haji dari 
memakai Jubah yang menyerupai Paderi 
Kristian dan Rabai (Rabbi) Yahudi itu.


saya membangkang sekeras kerasnya tentang fesyen terbaru niqab 'Hoodie'

Niqobis sila jangan jadi mangsa 'fesyen'. Mana datang niqab 'hoodie' ni? Ia seolah olah macam pakaian 'Sister'. Tolong jangan merumitkan benda yang mudah. Islam itu mudah!

Dan ada seorang sahabat berbangsa bukan agama islam tanya,

'Saya kawan dengan awak, awak pakai purdah. Tetapi kenapa ada yang memakai purdah macam 'Sister'(hoodie)''? Adakah kalian sama?

Dan saya keliru..

JANGAN MERUMITKAN benda yang MUDAH..

smge DIJAUHI dengan FITNAH..
wallahu'alam

Mungkin silapnya adalah ketat dibahagian leher, boleh
dibincangkan dari sudut menjaga Aurat, tapi dengan cakap
ini adalah menyerupai Nuns adalah satu pendapat yang tidak
adil dan berbau fitnah.


Selain dari mengaibkan orang, gambar ini juga adalah
satu Provokasi terhadap agama lain,  cuba nak
salahkan orang kristian yang mendakyahkan
Tudung ini.Jelaslah FITNAH! Mungkin salah
pengantin sebab tudung tak tutup dada,
tapi salah menyerupai nuns adalah HAL yang lain.

Ini adalah Jubah (robe) paderi krsitian Ortodoks
yang menyerupai jubah orang arab.

Beliau adalah Ulamak Tersohor, Pengerusi
Majlis Fatwa Antarabangsa,  penulis buku-buku
hebat dalam Islam zaman Kini, dan ulamak
yang disegani ; Dr, Yusuf Al-Qaradawi.
Rabbi @ Rabai (tok imam) yahudi yang
memakai jubah yang saling tak tumpah dengan
Jubah orang Islam pakai, adakah Jubah
orang islam adalah Dakyah Yahudi?
freemason? Illuminati? Dakyah kristian
yang meresap dalam kesatuan ulamak moden? 
tafsir sendiri, nak dakwah tu bagus, niat mulia,
 tapi kempen lah benda yang bagus,
jangan sikit2 fitnah  agama lain..
Ini orang Yahudi yang religious, mereka
pakai Kemeja, Kot dan topi dan cermin mata,
 jadi kamu semua jangan pakai mcm mereka,
jika tidak kamu juga tergolong dalam
golongan mereka....ye ke???


2 comments:

Anonymous said...

Yg tafsir ikut suka sendiri tanpa merujuk kitab kitab dan ulama' muktabar tu biasanya yg baru nak belajar agama dan bnyknya dr golongan waris waris anak pak wahab.

babahzahin said...

bani arab,bani ishaq,bani jawi...
kita semuakan dtg dari buyut yg sama..Buyut Ibrahim a.s
berbeda dari pegangan aqidah cuma.
mudahan kita semua dianugerahi oleh yg maha Esa..memegang teguh aqidah tauhid yg utuh..setelah lelah menempuh segala bisa onak dan ranjau.