Wednesday, 25 December 2013

MITOS PUTERI NAGA MELAYU!!!


Dari Anak Raja (Darah Naga) Kepada Rakyat Jelata.

The Origin of The Sea Dragon.








NAGA MELAYU

Kira-kira abad ke-6 Masehi,seorang raja dari negeri 
Chenla telah berjaya menakluk seluruh jajahan Funan,
sebuah empayar lagenda Indochina dan Asia Tenggara.

Raja itu kemudiannya memerintahkan tukang ukirnya memahatkan kejayaan itudalam sebuah batu bersurat 
yang akan diletakkan di dalam sebuah kuil suci.

Dalam batu bersurat itu,raja tersebut, Bhavavarman II...
telah menggelarkan dirinya sebagai,

"Mala Malayu iva Malayam raja"

yang bermaksud:

(((( Raja Mala dari Malayu...)))

Nun jauh di pedalaman,mitos tentang naga-naga laut yang bernama...

Seri Gumum,
Seri Pahang,
dan Seri Kemboja,

berlegar-legar di kalangan masyarakat orang Jakun yang tinggal di sekitar Tasik Chini.

Cerita tentang naga-naga laut itu diwarisi dari zaman-berzaman,mengungkapkan rahsia antara orang Melayu 
dan suku-suku Mon-Khmer pada zaman purba.

Lagenda Khmer mengatakan bahawa seorang lelaki yang bijaksana telah berjaya menawan hati seorang puteri dari keturunan 'Naga'.

Catatan China dari pelbagai dinasti termasuk Dinasti Qi
ada menyebutkan nama puteri ini;

Ye-ye

yang diterjemahkan oleh pengkaji Eropah sebagai:
Coconut Leaf...

Anehnya,
sejarahwan Champa yang berkongsi budaya dengan dunia Melayu menuliskan nama puteri itu sebagai:

((( Mayang Mengurai...)))


Dalam catatan yang lain ada menyebutkan tentang 'Mala Dynasty' ,iaitu nama sebuah dinasti purba yang dikenali sebagai pemerintah 'Malayang'yang muncul dalam banyak manuskrip purba Khmer sebagai 'negeri-negeri Malayu'.

Bangsa Malayu dicatat dalam lagenda Khmersebagai keturunan yang berasal dari Naga Laut Mohodhara,
yang menyukai bunga-bungaan...!!!

Menariknya,raja-raja Lao awal menggunakan gelaran diraja 'Sisattanakanahok'yang berasal dari kata 'Sri Si AntanNaga Nahud' ,iaitu gelaran raja-raja Melayu purba terutamanya oleh Raja Champa, Simha Jayavarman.

Terdapat beberapa rahsia lagi yang tertulis dalam kitab-kitab kuno,dalam tulisan Pali di sebuah kuil purba di Thailand...
Dan di dalam 'circle' para penulis kerohanian Eropah,ada mengungkapkan tentang sebuah peradaban silam yang tenggelam di lautan Pasifik...

No comments: