Friday, 27 December 2013
HUDUD-JANGAN HANYA TAHU BERTEMPIK!BERSAMA-SAMALAH MEMBINA DAN MENYEDIAKAN MASYARAKAT HUDUD DI MALAYSIA INI!!!
Hudud hukum Allah khusus untuk pemantapan iman.Bila beriman pada iman yang syumul maka dengan hati yang tulus ikhlas pesalah akan mengaku dan minta di hukum dengan hukum hudud.
Itulah iman kepada Allah tahap tertinggi.Kenapa Allah mewajibkan 4 saksi yang tidak fasik?Itu semua adalah langkah pencegahan agar tidak berlangsungnya hukum hudud itu.Rasulullah sendiri amat berat nak menerima pengakuan pesalah.Baginda KALAU BOLEH tak mahu itu berlaku!
Contoh mudah,sepasang kekasih mahu berzina.Tiba-tiba datang 4 orang islam yang tidak fasik nampak akan percubaan zina itu.Adakah mereka perlu menunggu keris masuk sarung baru mahu bertindak?
Kerana dalam hudud zina itu mestilah jelas zakar masuk ke dalam faraj.Soalnya sebagai orang islam yang tidak fasik adakah mereka akan membiarkan sahaja zakar masuk faraj?
Kalau mereka memerhati untuk memastikan zakar masuk faraj,maka bermakna 4 saksi tadi sudah bersubahat dengan pasangan tadi.Jadi yang afdalnya ketika zakar mahu masuk faraj 4 saksi tadi kenalah tendang punggung jantan tersebut agar tidak terjadinya zina.
Kan jelas syarat yang Allah letak itu lebih kepada pencegahan.Ini kerana zaman nabi yang dihukum dengan hudud adalah mereka yang mengaku kerana mereka sangat beriman dan percaya dengan janji Allah.
Jadi jelas disini hudud bukanlah hukum penguatkuasaan! Mana yang bersaksi 4 orang yang tidak fasik, perzinaan tak akan terjadi kerana mereka akan menghalangnya dari terjadi.
Mana yang tidak bersaksi pula maka hanyalah iman yang sempurna akan menyebabkan hukum hudud berlangsung dengan pengakuan mulut sendiri.Inilah yang terjadi di zaman nabi dulu sehinggakan nabi menjanjikan syurga bagi lelaki pertama yang mengaku dan minta dihukum dengan hukum hudud.
Hudud termasuk dalam hukum jenayah Islam.Yang lainnya ialah hukum takzir,kisas dan diyya.Ternyata benar kata-kata Yang Mulia Tuan Guru Haji Hadi bahawa hudud hanyalah 0.001% dari hukum Islam keseluruhannya.
Persoalannya sekarang sudahkah tersedia masyarakat hudud di Malaysia ini.?Sedangkan yang jelas berbuktikan video canggih pun tak mahu mengaku! Mana iman syumulnya?
Kita perlulah bersama-sama membentuk masyarakat yang cintakan iman kepada Allah!Masalahnya umat islam bercakaran sesama sendiri angkara kepentingan politik.Sedangkan kepentingan agama di ketepikan.Dah tu pandai pulak bertempik hendakkan hudud,sedangkan diri terjerat dengan kefasikan!
Mengumpat,memfitnah,mencela sesama Islam.Tugas berat sekarang ialah membina masyarakat hudud dalam mengejar impian mahu melaksanakan hudud di MALAYSIA!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment