Saturday, 21 December 2013

SYIAH- BERTAQIYYAH UNTUK KEPENTINGAN DIRI!!!!


Syi’ah: Boleh bertaqiyyah,boleh lepas punya!!!


mat-sabu

Sejak Menteri KDN mendakwa pemimpin nombor dua PAS diyakini berfahaman Syiah pada Perhimpunan Agung UMNO tempohari, isu Syiah makin hangat diperkatakan. Mat Sabu yang terasa dirinya sebagai pemimpin nombor dua PAS tampil mengugut mahu menyaman Datuk Seri Zahid Hamidi.


Ekoran itu, Zahid melalui KDN telah mendedahkan 10 perkara yang dikatakan mampu mengaitkan Mat Sabu sebagai pengamal fahaman Syiah yang diisytiharkan sesat oleh seluruh ulama muktabar negara dan antarabangsa.


Namun pendedahan itu dianggap remeh dan 10 perkara tersebut juga disifatkan sebagai lemah serta begitu mudah dipatahkan. Mat Sabu pula selamba menegaskan bahawa dia berfahaman Sunni dan enggan memberikan sebarang komen lain dengan alasan kes berkenaan akan dibawa ke mahkamah.


Rentetan dari penafian Mat Sabu itu, beberapa pihak tampil mencabar supaya Mat Sabu bersumpah laknat dan menafikan dirinya berfahaman Syiah.


Selain itu, tokoh agama seperti bekas Mufti Perlis, Dr. MAZA, menggesa supaya Mat Sabu mengiktiraf Sayyidina Abu Bakr As-Siddiq, Sayyidina Umar Al-Farouk dan Sayyidina Uthman ibnu Affan sebagai sahabat Rasulullah SAW yang mulia dan dijamin syurga.


Saya tertanya-tanya, apakah cara terbaik untuk membuktikan bahawa Mat Sabu itu berfahaman Syiah? Betulkah dia berfahaman Syiah? Dan apakah tanda-tanda yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman yang jelas mengkafirkan Sayyidina Abu Bakr, Umar dan Uthman radhiAllahu’anhum?


Kalau benar pun Mat Sabu itu berfahaman Syiah, apakah dia akan mengaku dirinya berfahaman Syiah? Bukankah di dalam Syiah itu penganutnya dibenarkan untuk bertaqiyyah?


Misalnya, solat Jumaat sebenarnya tidak ada di dalam amalan fahaman tersebut. Namun imam besar Syiah, Ayattollah Khomeini telah memperkenalkan solat Jumaat di Iran ketika dia diangkat sebagai pemimpin tertinggi Iran. Tindakan itu telah dikecam oleh ramai ulama Syiah di Iran dan luar Iran.


Nak tahu apa yang Khomeini jawab? Kata Khomeini, solat Jumaat tersebut hanya diamalkan bagi tujuan POLITIK. Dalam ertikata lain, Khomeini memfatwakan solat Jumaat itu wajib bagi penganut Syiah bagi mengaburi mata dunia supaya mengiktiraf Syiah sebagai salah satu fahaman yang tidak menyeleweng dari Islam.


Padahal, ianya adalah sekadar “lakonan” semata-mata. Memang mereka yang berfahaman Syiah bijak bertaqiyyah, bukan?


Menurut ulama Sunni, penganut Syiah dibenarkan untuk bertaqiyyah demi menjaga kepentingan hidup mereka. Kalau mereka digesa, didesak atau disoal, mereka dibolehkan menipu fahaman mereka. Itu memang menjadi kelaziman amalan dalam hidup mereka.


Justeru itu pada saya, cabaran untuk mereka bersumpah laknat atau bersumpah di dalam mahkamah secara tidak langsung akan membawa padah kepada mana-mana pihak yang mencabar identiti puak Syiah. Cabaran itu akan dijadikan “senjata” terbaik dan akuan palsu mereka pula akan menjadi “perisai” paling kebal bagi mereka menyembunyikan identiti.


Misalnya, sekiranya benar Mat Sabu itu berfahaman Syiah, dia dibolehkan berlakon menafikan dirinya berfahaman Syiah dan mengaku berfahaman Sunni. Dia dibolehkan bersumpah laknat menafikan dirinya Syiah dan dibenarkan untuk menipu di mahkamah.


Selepas itu, dia akan dilihat sebagai “suci bersih” dari sebarang tuduhan berfahaman Syiah, manakala Zahid Hamidi dan KDN akan dilihat sebagai “tukang fitnah”, bukan? Maka ketika itu Mat Sabu akan tersenyum riang bila dirinya “bersih” dan orang lain pula yang “kotor”…


Dr. MAZA mahu Mat Sabu mengaku ketiga-tiga sahabat utama Rasulullah SAW itu sebagai mulia dan muktabar? Boleh! Bila-bila masa pun Mat Sabu boleh buat begitu kerana Syiah membenarkan mereka menipu bagi menyembunyikan identiti mereka. Jadi, tak payahlah Dr. MAZA buang masa suruh Mat Sabu buat itu dan ini. Memang dia dibolehkan buat begitu pun…


Ada beberapa rakan yang bertanya pada saya, mengapa perlu Mat Sabu menyembunyikan identiti Syiah (jika benar dia Syiah) sedangkan Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hasan selamba saja mengaku terus terang tentang fahamannya secara terbuka.


Pada saya, Mat Sabu dan Abdullah Hasan adalah dua personaliti yang berbeza. Abdullah tidak punya sebarang kepentingan dan kedudukannya di dalam jemaah Syiah yang agak ramai di Kedah memberanikan dirinya untuk mendedahkan identiti sesatnya itu.


Berbanding Mat Sabu, dia merupakan Timbalan Presiden PAS dan baru-baru ini dilantik pula sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Dia ahli politik dan dia perlu mementingkan imejnya bagi menarik sokongan bagi mempengaruhi rakyat. Sama seperti Khomeini, Mat Sabu bertaqiyyahkan politik demi menyembunyikan aqidahnya, bukan?


Justeru itu, saya mengesyorkan agar tak payahlah sesiapa pun mencabar Mat Sabu untuk bersumpah laknat atau berbai’ah kepada ketiga-tiga sahabat utama Rasulullah. Gesaan dan cabaran itu akan memakan diri sekaligus mengharumkan lagi nama Mat Sabu, bukan? Lagipun puak Syiah memang bijak dan licik dalam soal taqiyyah. Macam-macam kaedah mereka boleh buat…


Biarlah mahkamah saja yang tentukan nanti. Kalau benar Mat Sabu itu Syiah dan terlepas dari dihukum mahkamah, saya yakin mahkamah Allah takkan melepaskan Mat Sabu nanti.


Lagipun, menetapkan seseorang itu berfahaman Syiah bukannya seperti menghukum seseorang itu membunuh, merompak, mencuri atau berzina. Ianya terlalu subjektif ekoran kebijaksanaan pencipta ajaran Syiah mewujudkan hukum bertaqiyyah di dalam ajaran sesat itu.


Apa yang penting, kita perlu merapatkan saf antara Sunni bagi mencegah fahaman Syiah dari terus mempengaruhi masyarakat Islam di Malaysia. 


Pada saya, Syiah itu kufur sebagaimana Kristian dan lain-lain agama. Mereka menyembah Allah sebagaimana kita umat Islam, tapi mereka munafik bila menolak ajaran Rasulullah, mengubah rukun iman dan menambah-nambah kalamullah… Wallahu’alam…


1 comment:

m said...

Syiah, Yahudi, Nasara juga munafik munafik lainnya sgt bertepatan dgn ayat ayat 8-20 Surah Al Baqarah.