Thursday, 12 December 2013

TANAH PERKUBURAN TERBESAR TELAH DIGAGALKAN!!!




KENYATAAN MENTERI BESAR PAHANG. Pada bulan Mei 2011, Kerajaan Negeri Pahang telah meluluskan tanah seluas 250 ekar di Gambang kepada sebuah syarikat Melayu, Waras Mekar Sdn. Bhd. untuk tujuan pembangunan bercampur (membina rumah kediaman dan rumah kedai.) 

Syarikat ini telah mencari rakan kongsi untuk tujuan ini. Salah sebuah syarikat yang dirundingi Waras Mekar ialah Enchant Acres Sdn. Bhd. dengan tujuan untuk pembangunan bercampur. 

Belum pun apa-apa persetujuan dicapai, Enchant Acres Sdn. Bhd. telah membuat iklan untuk mewujudkan Spiritual Tourism City dan menjual lot-lot dengan tujuan mewujudkan satu tanah perkuburan untuk orang-orang bukan Islam khususnya orang China. 

Enchant Acres telah mengutip wang dari bakal pembeli. Pihak Kerajaan Negeri menerima aduan dari ADUN PKR Teruntum menyatakan beliau menerima aduan dari ramai orang yang telah membayar wang membeli lot-lot kubur. 

Maknanya orang ramai ini telah ditipu oleh Enchant Acres Sdn. Bhd. Ini jelas satu penipuan yang dilakukan oleh Enchant Acres Sdn. Bhd. Pihak Waras Mekar Sdn. Bhd. telah pun membuat Laporan Polis terhadap Enchant Acres Sdn. Bhd. ... 

Kerajaan Negeri akan membatalkan kelulusan kepada Waras Mekar Sdn. Bhd ini atas alasan Waras Mekar tidak memulakan projek selepas 2 tahun kelulusan  diberi dan tidak menjelaskan bayaran Premium Tanah sebanayak RM 20 juta sebagaimana syarat-syarat kelulusan. 

Kerajaan Negeri Pahang tidak akan membenarkan projek yang disebut sebagai Spiritual Tourism City atau 1MST dibuat di Negeri Pahang Darul Makmur.

No comments: