Saturday, 14 December 2013

AKHLAK PENGANUT PAS-MELABEL ORANG DENGAN GELARAN SESUKA HATINYA!!!


Merujuk pada hadis Rasulullah SAW, baginda pernah melarang keras umatnya untuk memberikan gelaran yang buruk terhadap seseorang. Malah Allah SWT juga pernah berfirman “wa la tanabazu bil alqab” yang membawa maksud maka janganlah kamu menggelar seseorang itu dengan gelaran (yang buruk).



Tak payah ijma’ atau qias ulama, sumber utama Islam iaitu Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW sendiri dengan jelas melarang umat Islam melemparkan gelaran yang buruk terhadap seseorang.



Kita tengok Satu contoh yang nyata:



Ustaz Kazim di label Al-khinzir!!!






Persoalannya, tidakkah Ummi Syifa’ tahu tentang perkara itu? Suaminya tidak ajarkah perkara tersebut? Apa Ummi Syifa’ rasa jika ada mana-mana pihak menggelar suaminya sebagai “Walid Al-Khinz*r”? Marah? Tersinggung? Kecewa? Murung? Malu? Dan cuba bayangkan apa yang anak isteri Ustaz Kazim rasa bila ayah dan suami mereka dilabelkan sebegitu hina?


Bagaimana pula cara PAS mentarbiyah ahli-ahli mereka? Apakah tarbiyah mereka itu mengikut lunas-lunas Al-Quran dan hadis? Itukah “makarimul akhlak” yang ditinggalkan Rasulullah SAW kepada jemaah PAS yang kononnya “lebih Islam berbanding yang lain”? Itu hasilnya bila bersama PAS?


Saya difahamkan bahawa Siti Zailah kekal sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS ketika pemilihan parti itu baru-baru ini. Saya tertanya-tanya, apakah tindakan Dewan Muslimat PAS bila seorang ahlinya mempamerkan sikap keji sebegitu? Tidak mencemar nama baik Muslimat PAS, kah? Tidak perlu ditegur atau diambil tindakan disiplin?


Saya tertanya-tanya, sebagai seorang yang mengaku Islam, apakah Ummi Syifa’ tidak merasa berdosa terhadap Ustaz Kazim? Melanggar larangan Allah dan Rasulnya, apakah Ummi Syifa rasa dia layak dikurniakan syurga Allah? 


Sedangkan ulama yang begitu zuhud dan kuat beribadah pun rasa tidak layak mendapat syurga Allah, apakah Ummi Syifa’ fikir dia layak dengan sikapnya yang begitu biadap?

Bodoh itu adalah satu kehinaan, tetapi bodoh sombong adalah bencana.

Diam itu adalah perhiasan orang pandai dan Pelindung orang Bodoh.

Tak tahu, bertanya!!! Malu bertanya sesat jalan.

No comments: