Friday, 13 December 2013

KISAH BENAR-HANTU PULANG KE RUMAH!!!


by Shasha Ng




Kisah seram ini berlaku kat Ampang...

Ada seorang kawan ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa.


Malangnya, percintaan ini ditolak kerana dia ni seorang salesman kereta sahaja..
Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri.


Selepas berjaya melarikan diri, bapak
perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga
telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.


Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa 
dan keluarga pihak perempuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.



Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan untuk majis perkahwinan itu sedang disediakan.


Nak dijadikan cerita, Semasa lelaki ini pergi membeli Kentucky kat Ampang
Point,.dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. 



Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal 


beberapa hari
 sahaja lagi perempuan 

itu akan berkahwin dengan lelaki kesayangannya itu.


Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan 

darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan 

berlaku. 


Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya. Malam berikutnya, 

Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek
tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak,sesuatu yang akan buruk 

akan berlaku. 


Akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak 

megendahkannya.
Malam ke- tiga, 

perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan
diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. 


Dalam ketakutan yang amat sangat, dia
pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada...



Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah
itu bersih-bersih dan jika tidak, malang akan menantinya.



Bila bangun, perempuan itu pun terus
menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap ada.



Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan muncullah nenek tua 


tersebut dan perempuan tu pun pengsan.


Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru.


Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu, "apa ini...?"



Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang... err..yg ni adalah pakej percubaan aja.


kalau nak 

yang besar, beli kat kedai.....
# Haa , takut tak ? Ahahahahahahah!!!!!

No comments: