Wednesday, 18 December 2013

HUKUM JENAYAH UNDANG-UNDANG SYARIAH ISLAM!!!



by The Revolution of Al Ghuraba Generation.

MENJAWAB SOALAN :
SOALAN : ''Admin,kenapa para mujahidin kini lebih mengambil jalan memancung kepala musuh malah saya ada melihat satu video mujahidin membiarkan seorang remaja lelaki memancung perogol dan pembunuh ibu nya,mengapa ye?

Baik,disini admin jawab serba ringkas penerangan mengenai ini.

Setiap musuh yang di tawan kebiasaan nya di dakwahi terlebih dahulu,di salurkan maklumat-maklumat mengenai Islam dan di ajak bertaubat juga di dakwah agar kembali akidah nya,namun bagi yang ingkar dan enggan mereka akan di hukum setimpalnya mengikut hukum-hukum Islam,bagi mereka pesalah-pesalah contohnya pembunuh,mereka akan di jatuhkan hukuman mengikut hukum Qisas jika mereka adalah pembunuh kejam umat muslim sebelum ini.Apakah Qisas?

Qisas adalah salah satu hukum jenayah di bawah undang-undang syariah Islam yang telah di tetapkan oleh Allah dalam Al Quran.Di bawah undang-undang Jenayah ini pula terdapat tiga lagi undang-undang selain Qisas,iaitu Hudud,Diat dan Takzir.

Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.Membunuh dibalas
dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa),yakni darah di balas dengan darah.Cedera di balas dengan cedera.

Manakala perbezaan diantara qisas dengan hudud pula ialah hukuman qisas ini hendaklah dituntut oleh mangsa ataupun keluarga mangsa Tapi kalau tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa ,maka tidak boleh dikenakan hukuman qisas.Jadi, berbezalah diantara qisas dengan hudud ,dimana hudud walaupun tidak dituntut oleh mangsa atau keluarga mangsa tetapi ianya tetap wajib dilaksanakan.

Kesalahan & Hukuman QISAS:

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah :
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain
dengan sengaja.
c) Melukakan orang lain dengan sengaja.
a) Hukuman membunuh orang lain dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.Sepertimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas,berkenaan dengan orang-orang yang mati dibunuh, orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita ... (Q.S. al-Baqarah :178).

Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (AL MAIDAH :45)

Admin Ta'llemull Haqq.

No comments: