Tuesday 31 December 2013

SYIAH,SENSITIF KAFIR!!!


MASIH NAK MENAFIKAN LAGI HAKIKAT MAJORITI AHLI PAS ADALAH SYIAH????





Gambar Imam Syiah diangkat dalam banyak perarakan PAS
Gambar Imam Syiah diangkat dalam banyak
perarakan PAS

Sebelum TG Nik Abdul Aziz memberikan kata-kata ataupun hukuman bahawa orang yang menyertai Umno itu satu perbuatan yang mungkar, saya kira fatwa perlu dikeluarkan terlebih dahulu bagi orang Islam yang menyertai DAP atau PKR.

Di mana fatwa tersebut? Apabila kita tanyakan kepada sebahagian pemimpin Pas, mereka mengatakan masuk DAP tidak mengapa, DAP ini wadah sahaja. Jadi ini sangat-sangat tidak seimbang dan dilihat fatwa tersebut berkepentingan. Untuk mereka halal, untuk Umno haram. Jadi tidak adil sedemikian rupa.

Jika kita hendak keluarkan fatwa, banyak perkara yang perlu diraikan. Bahkan menyertai PAS sekalipun, adakah boleh?

Adakah PAS merupakan parti yang membawa kebenaran secara keseluruhannya? Atau masih ada kelemahan? Apabila isu Syiah dalam Pas pun masih lagi celaru.

passyiah1[1]
SAYANG SUNGGUH AHLI-AHLI PAS
KAT IMAM SYIAH NI YE!

Pada tahun 90-an, TG Haji Hadi menyebut secara terang bahawa Pas tidak menerima Syiah di dalam keratan akhbar. 

Kemudian baru-baru ini pula TG Haji Hadi menyebut secara terang juga di dalam kenyataannya bahawa Syiah boleh masuk Pas. Bahkan dikatakan secara terang, kalau Khawarij nak masuk Pas pun boleh masuk.

Kenyataan dia juga baru-baru ini ketika perhimpunan besar-besaran Pas di Kelantan, dalam satu temubual media, dia menyebut secara terang bahawasanya Bashar Al-Asad pemimpin Syiah di Syria perlu turun. 

Tetapi kita dapat lihat Timbalan Presiden Pas membuat lawatan menziarahi kepimpinan Bashar Al-Asad bahkan memuji kepimpinan Bashar Asad.

Jadi yang mana satu? Bercelaru. Sekejap mereka kata Pas tidak terima Syiah, kemudian terima pula. Kemudian tidak setuju dengan Presiden Bashar Asad yang kecenderungannya Syiah Alawiyyin. Kemudian Timbalan Presiden membuat lawatan menziarahi dan bersetuju dengan kepimpinan Syiah.

Di sini berlaku pertembungan dalam Pas itu sendiri. Jadi sebelum hendak mengeluarkan kenyataan tentang orang masuk Umno, bicarakan terlebih dahulu siapakah ahli-ahli Pas. Bicarakan dulu siapa yang bersama-sama dengan Pas.

Timbalan Presiden PAS di dalam laman web dan penulisannya secara terang mengangkat Imam Syiah sebagai 'idola'nya
Timbalan Presiden PAS di dalam laman
web dan penulisannya secara terang
mengangkat Imam Syiah sebagai ‘idola’nya

TG Haji Haji telah mengiktiraf bahawasanya Syiah dan Khawarij boleh masuk Pas. Bersihkan yang ini dulu. Adapun kenyataan-kenyataan beberapa pemimpin Pas di Selangor yang mengatakan bahawa di dalam Pas tidak ada Syiah, ini perlu merujuk kepada TG Haji Hadi. 

TG Haji Hadi sendiri mempersilakan Syiah masuk Pas, maka bertembung dengan kepimpinan Pas di negeri Selangor.

Sebelum menghukum orang lain sebagai mungkar, perlu dikeluarkan terlebih dahulu fatwa berkaitan hukum orang Melayu masuk DAP, orang Syiah masuk PAS, Khawarij masuk PAS, dan orang melayu Islam masuk PKR. 

Jawab semua ini dulu secara terperinci kemudian baru cerita tentang orang melayu masuk Umno.

1 comment:

Muslim said...

Kalau org mimpi jumpa Nabi saw pun sudah dianggap mulia, Para Sahabat r.anhum. berjumpa Nabi saw sehari hari dan mendpt didikan Nabi saw secara langsung. Bahkan Sahabat Muhajirin yg berjihad bersama Rasullullah saw diiktiraf Allah swt sbg yg paling tinggi ('azamu darajatan) darjatnya di sisi Allah swt (rujuk 9:20), mk bgmn beraninya mrk mrk yg mencela, mencerca, bahkan mengkafirkan Para Sahabat r.anhum. ini. Bgmn berani pula dan tergamaknya org org yg mengaku ASWAJA memuliakan pengkafir Sahabat ini, na'uzubillah.
Berilmu, beriman, beramal, dan mintalah perlindungan Allah swt dr segala bentuk kesesatan. Jadikan amalan harian doa dlm ayat 8 Surah Ali Imran.
Jgn rasa hebat bila org dah panggil kita ust, dr atau tok guru. Jgn rasa hebat walau kita dah pandai ikat serban berekor dua, berekor satu atau tak berekor, dan dah membiasakan diri berjubah ke masjid / surau. Jgn rasa hebat bila kita dah boleh jadi imam dgn qiraat berlagu, dan baca doa panjang panjang. Jgn rasa hebat bila ceramah ceramah / kuliah kuliah kita dihadiri oleh ramai penuntut. Barsisha juga hebat, Bal'am juga hebat, begitu juga Iblis, hebat sebelum dia menjadi kufur.