Thursday 19 December 2013

KESIAN KAK MAH,SETIAP SAAT KENA TOHMAH!!!SETIAP MASA KENA FITNAH! SABAR,ITU SEMUA ADA HIKAMAH!!!




by Dato' Jamal Yunos

Options for this story
Orang yang bertudung tapi mulut dan kata kata lagi dahsyat amat dahsyat lagi sehingga menimbulkan Fitnah diada adakan...Kerana apa untuk menjatuhkan Kerajaan Pemimpinan Barisan Nasional.Sesiapa menjadi Perdana Menteri BN...akan kena fitnah ini...ada saja dibongkarnya....Jenis manusia yang berropengkan Syaitan.

Adakah Kita Sedar Seringkali Terjadi Perkara Yang Baik Disalah Erti?


Perkara yang baik yang dilakukan oleh kita kadangkala tidak nampak di mata orang malah kesilapan kecil orang lain dapat melihatnya dengan jelas bak pepatah melayu “Gajah depan mata tidak nampak tapi kuman Seberang lautan nampak jelas” .


Begitu juga terjadi kepada Isteri Perdana menteri kita Datin Seri Rosmah Mansor tidak putus-putus diberi tomahan tidak baik yang dilemparkan di dalam media sosial mahupun blog.


Saya sebagai Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dan Pengerusi NGO-NGO Selangor yang mengambil berat tentang usaha-usaha bagi mengukuhkan nama Malaysia di persada dunia dan menyokong Visi dan Misi Serta Mendukung Wawasan 2020 merupakan satu cita-cita besar untuk mengangkat maruah, dan harga diri, memartabat bangsa Malaysia, saya amat tidak bersetuju dan kesal dengan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab membuat kenyataan yang tidak sepatutnya.


Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya patut berbangga mempunyai “First Lady” yang berusaha bersungguh-sungguh memartabatkan wanita Malaysia dipersada antarabangsa.


Beliau tanpa meminta pujian daripada rakyat dan terus memacu ke hadapan bagi meneruskan agenda memartabatkan wanita dan kanak-kanak di dalam negara seiring dengan objektif yang disuarakan oleh Perdana Menteri kita Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak.


Baru-baru ini telah tercetusnya kontroversi ke atas beliau ketika dijemput menghadiri “Qatar International Business Women Forum”, ini menunjukkan tiada keraguan atas beliau ketika membuat lawatan kerja di Qatar baru-baru ini walhal telah memberi impak yang besar kepada Negara kerana beliau telah dijemput oleh sebuah Persatuan Wanita yang dinaungi oleh isteri Emir Qatar. Bagi saya ianya menjadi kebanggaan yang cukup besar kepada nama Malaysia.


Walaupun Beliau hanya dijemput sebagai tetamu utama, beliau sedar akan tiada kuasa yang melibatkan kerajaan, sebab itulah yang bersama dengan beliau ke forum tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Fatima Sta Maria dan turut hadir bersama CEO Matrade Datuk Dr Wong Lai Sum. Mereka inilah orang yang paling layak untuk berbincang serta menerangkan kepada tokoh-tokoh perniagaan yang turut hadir di forum berkenaan mengenai pelaburan perniagaan di Malaysia.


Berkaitan dengan penggunaan pesawat kerajaan, untuk mendapatkan kelulusan menggunakan kemudahan tersebut ianya perlu mendapatkan kelulusan daripada kabinet menteri.


Kemudahan penggunaan pesawat kerajaan telah diluluskan oleh pihak kabinet menteri sebelum beliau menggunakannya. Maka tiada apa yang diragui setelah mendapat kelulusan tersebut.


Seraya Pergulungan Persidangan Agung UMNO baru-baru ini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah memuji isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kerana telah membantu Negara. Antara kejayaan beliau adalah:-


1. Beliau telah berhubung dengan isteri Presiden Mesir Suzanne Mubarak ketika itu Jawatan Presiden Mesir di pegang oleh Hosni Mubarak di atas penahan pelajar Malaysia yang di tahan atas tuduhan suspek pengintip.


2. Disebabkan beliau amat rapat dengan Kerabat Keluarga Diraja Arab Saudi, Kerajaan Arab Saudi telah memberi bantuan kepada pelajar Malaysia yang memasuki Arab Saudi dari Mesir tanpa menggunakan visa ketika Mesir dilanda “Arab Spring”


Dengan ini saya sebagai rakyat Malaysia yang belapang dada seharusnya berasa bangga kerana mempunyai “First Lady” yang berani tampil kehadapan untuk memartabatkan wanita Malaysia di persada dunia untuk merubah bangsa Malaysia ini menjadi bangsa yang disanjung di seantero dunia.


Berbagai-bagai kenyataan yang negatif dan pasif disuarakan. Sebenarnya individu-individu ini tidak ada keupayaan untuk berubah, tidak sanggup melaksanakan perubahan dan tidak dapat berfikir secara objektif bahawa dia perlu berubah.


Jika tomahan terus dilemparkan maka nama negara kita cintai juga turut tercalar. Seharusnya usaha yang dilakukan oleh Beliau sepatutnya diberi penghargaan atas penat lelah beliau bagi mengukuhkan dan mengeratkan hubungan Malaysia dengan negara luar.

6 comments:

Muslim said...

Yg bertudung labuh, yg berserban berjubah mencerca, menghina, mencela yg tidak bertudung, yg tidak menutup aurat, sedang kita dipesan,
"Wahai org org yg beriman jgnlah mencela satu kaum (lelaki) terhdp satu kaum (lelaki) yg lain, mungkin ('asa) kaum yg dicela lebih baik dr kaum yg mencela. Dan jgnlah (mencela) satu wanita ke atas wanita yg lain, mungkin ('asa) (wanita) yg dicela lebih baik dr yg mencela,......" 49:11.
Kata "'asa" ditafsir oleh penafsir, bila Allah swt yg mengatakannya bermakna pasti. Mk bgmn yg tidak menutup aurat itu lebih baik dr yg bertudung labuh berjubah berserban, di mana silap yg bertudung labuh berjubah berserban tu ? fikirkanlah.
Sesuatu perbuatan buruk dan dosa, bg org beriman dan ahli Kalimah, yg dicela adalah perbuatannya, sedang pelakunya didakwahkan, dinasihatkan atau sekurang kurangnya didoakan agar bertaubat, diberi petunjuk hidayah agar menjadi org yg taat.

Anonymous said...

Ha..ha..ha..!

Kalu benar niat KERANA ALLAH TA'ALA,

tarak payah birkin dan jet peribadi. Tarak payah hias2 bagai! Duduk sebaleh suami, bukan sorang2 keluar rumah buat kerja!

Sebenarnya, org yang berniat KERANA ALLAH TA'ALA, boleh dilihat dari perwatakan dan air muka! Cth, cuba lihat Dr. Siti Hasmah.

Apa punya cybertroopers Kak boROS Maa nih!

Kutukandewata said...

yang kau sibuk apa hal.mana besar dosa tak bertudung berbanding dosa berzina.lebih-lebih lagi berzina jantan dengan jantan!kenapa tak bising pulak seluruh malaysia? sebaabnya yang melakukan tu puak kau orang!tak bertudung hanya mendedahkan rambut.bogel berjemaah mendedahkan semua bahagian tubuh!!!

Anonymous said...

'FIRST LADY'? PAHAM KER APA TUE FIRST LADY?

Anonymous said...

lancau macai

Kutukandewata said...

itulah yang tok guru tarbiyah.mulut mesti lancang dan celupar.otak tak mampu berhujah,guna otak di hujung lidah,maki hamun datang bertujah2.tok guru ajar fitnah orang,maki hamun orang,mencela orang!cium syurga ke ni?berani cakaplah pembangkang memang dah tak ada akhlak!