Monday, 23 December 2013

ANJUR DEMONSTRASI MEROYAN? KENAPA PADA MALAM TAHUN BARU???PENYOKONG DAH KURANG KUT???


Anjur Demonstrasi Malam Tahun Baru, Pembangkang Takut GAGAL Dapat Sambutan!!!
























Seperti ada yang tidak kena, apabila portal dan 
blog pembangkang begitu kecoh mempromosikan 
satu himpunan yang akan diadakan menjelang 
tahun baru ini. Tidak ketinggalan para pencacai 
mereka turut menyebarkan poster, risalah dan 
semua yang berkaitan dengan himpunan yang 
bakal diadakan itu.


Yang menghairankan ialah, mengapakah malam 
menjelang tahun baru dipilih sebagai tarikh 
untuk mengadakan himpunan tersebut? Pelik 
bukan!


Namun apabila diteliti ia mungkin ada kaitan 
dengan beberapa program himpunan yang tidak 
mendapat sambutan sebelum ini. Sekiranya kita 
imbau kembali, sejurus selepas pakatan 
pembangkang GAGAL merampas tampuk 
pemerintahan negara melalui proses pilihan 
raya umum ke-13 lalu, beberapa siri himpunan 
dan demonstrasi jalanan telah diadakan. 


Malangnya boleh dikatakan hampir kesemuanya 
GAGAL mendapatkan sambutan seperti yang 
diharapkan. Sebagai contoh, demonstrasi jalanan 
#Black505 yang diadakan kononnya untuk 
membantah keputusan pilihan raya itu hanya 
mampu mengumpulkan sekitar 10 ribu sahaja 
berbanding beberapa siri demonstrasi yang 
diadakan sebelum ini. 


Paling menarik, portal-portal yang menjadi lidah 
rasmi pembangkang juga GAGAL memberikan 
angka sebenar jumlah orang ramai yang hadir 
pada himpunan tersebut. Malaysiakini sebagai 
contoh mengatakan kehadiran adalah sekitar 20 
ribu orang, manakala Harakahdaily melaporkan 
seramai 55 ribu dan diikuti dengan Keadilandaily 
yang menganggarkan kehadiran sekitar 30 ribu 
orang. 


Ketidakseragaman dalam menetapkan angka 
sebenar atau setidak-tidaknya yang paling hampir 
itu membuktikan bahawa mereka sendiri seakan 
tidak percaya dengan jumlah kehadiran pada 
program tersebut. 


Tidak lama selepas, mereka turut menganjurkan 
himpunan yang kononnya mewakili suara anak 
muda, untuk berhimpun di hadapan bangunan 
Parlimen bagi membantah upacara angkat sumpah 
yang akan dijalankan. 


Namun rata-rata di kalangan seakan terpedaya 
dengan sandiwara pembangkang, apabila 
dimaklumkan bahawa Anwar turut mengangkat 
sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, walaupun 
sebelum ini Ketua Pembangkang itu adalah 
merupakan dalang utama yang menghasut 
rakyat agar menolak sistem demokrasi yang 
diadakan. 


Pada satu ketika, dia meminta agar sistem 
demokrasi itu ditolak, namun dalam masa 
yang sama dia tetap mengangkat sumpah. 
Paling menarik, sejurus selepas upacara itu, 
kumpulan anak muda yang berkumpul di 
hadapan parlimen itu dikejutkan dengan 
penyebaran gambar yang memaparkan 
Anwar sedang tertawa riang ketika 
menghadiri majlis minum pagi bersama 
Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana 
Menteri. 


Mungkin disebabkan rasa tertipu dengan sandiwara 
Anwar, mereka yang berhimpun akhirnya mula 
bersurai seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa. 


Terbaru, pakatan pembangkang mengadakan satu 
lagi himpunan kononnya bagi membantah kenaikan 
cukai taksiran yang diadakan di padang dataran 
Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Jalan Raja 
Laut. Malangnya, program yang diadakan itu 
sekali lagi GAGAL mendapat sambutan. 


Pihak media melaporkan hanya sekitar 400 orang 
sahaja yang hadir bagi menyokong isu yang dibawa
kan itu. Walaupun sebelum ini, pihak penganjur 
begitu bersungguh-sungguh mempromosikan 
program tersebut dengan tujuan menarik minat 
dan sokongan rakyat khususnya penduduk dan 
warga ibu kota. 


Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, 
mengapakah malam tahun baru menjadi 
pilihan untuk mengadakan demonstrasi? 
Jawapannya mudah, pakatan pembangkang 
nampaknya telah mula belajar dari 
kesilapan. 


Mereka memilih malam tahun baru kerana, 
pada ketika itu ramai di kalangan warga kota 
khususnya anak-anak muda akan hadir bagi 
meraikan sambutan ambang tahun baru. 


Secara kebiasaannya mereka akan hadir beramai-
ramai bagi menyaksikan program-program yang 
telah diaturkan seperti persembahan muzik, 
beramai-ramai mengira detik berakhirnya tahun 
2013 dan disusuli dengan acara kemuncak 
persembahan bunga api. 


Dalam erti kata lain, sekiranya demonstrasi 
yang bakal diadakan itu GAGAL mendapat 
sambutan, namun kehadiran ribuan masyarakat 
yang ingin meraikan sambutan tahun baru 
dapat digunakan bagi menipu jumlah angka 
kehadiran. 


Ini kerana, mereka sedar semakin hari rakyat 
sudah mula muak dan bosan dengan pelbagai 
isu retorik dan sandiwara yang sering dimainkan 
sebelum ini. Malah mereka juga sudah mula 
menyedari perjuangan yang sering dilaungkan 
oleh Anwar bukanlah untuk membela nasib 
rakyat, namun hanya untuk memastikan 
impiannya bergelar Perdana Menteri 
tercapai.

No comments: