Saturday, 14 December 2013

RAMAI KE PUAK GAY KAT MALAYSIA NI???

Gay di Malaysia ramai bekerjaya profesional?

Betul, contohnya pilot, engineer, cikgu, doktor. Kalau untuk seks, mereka pergi ke rumah urut digelar 'otot otot', untuk berhibur mereka ke kelab gay dan kalau hendak mencari pasangan, mereka berkunjung ke Tasik Permaisuri, Cheras. 

Kekadang dari perwatakan luaran kita boleh mengenali mereka. Jarang benar lelaki tulen memakai beg tangan uniseks LV atau office bags dan disangkutkan di siku. Sebilangan gay memakai anting-anting di cuping telinga kiri. 


Katakanlah kau orang tiba-tiba disapa oleh golongan gay ni seperti : 

‘Hi’
‘Boleh berkenalan?’
‘Besar badan abang, geram saya tengok’
'Rasa macam nak cubit je punggung abang' 

Apa perasaan kau orang bila ditegur macam ayat di atas. Konfem meremang bulu roma, tekak naik loya, mengigil satu badan dek tak tahan gelinya. Tetapi yang peliknya golongan gay ni bukan sebarangan orang. 

Datang dari golongan profesional. Badan pun tough siap ada six pack lagi. Masalahnya kenapa lah diorang ne tak tertarik dengan perempuan. Bentuk badan macam kerengga dengan lekuk-lekuk di tempat yang tertentu, adakah ianya tidak menggiurkan? 

KENAPA SESEORANG MENJADI GAY

- Kurangnya kasih sayang daripada ibu atau ayah. Sejak kecil, dia tidak mendapat kasih sayang daripada seorang lelaki atau perempuan, yang mana apabila besar cenderung berubah menjadi seorang gay atau lesbian.

- Pengaruh bersekitaran, samada melalui rakan-rakan, ahli keluarga, dan sebagainya.

- Mengalami masalah dengan kaum berlainan. Sebagai contoh, mungkin menghadapi kesukaran memikat perempuan, atau perempuan pernah menipunya, atau pernah menyaksikan banyak kes cerai termasuk yang melibatkan keluarga terdekat sehingga menanam di dalam fikiran yang perempuan itu teruk.

Atau pernah berdepan dengan apa-apa masalah penderaan seksual atau disaat mereka memerlukan seseorang, tiada perempuan yang pernah hadir, kebiasaannya lelaki dan sebagainya. 


- Kurang didikan agama. Kurang didikan atau kurang penghayatan. Ada yang mungkin telah dididik tetapi masih tergolong dalam golongan begini. Jadi boleh kata  kurang penghayatan.

- Persekitaran seperti bersekolah di sekolah untuk lelaki sahaja, masuk penjara dalam satu tempoh yang lama dimana hanya ada satu kaum sahaja di dalamnya dan sebagainya.

- Pengaruh media. Ramai artis gay yang menjadi idola. Kurangnya rancangan khas untuk lelaki dan sebagainya.
- Kekurangan layanan batin dari isteri, nafsu seks yg tinggi, berkahwin atas desakan atau paksaan dan cuba menjadi heteroseksual pada zahir pandangan orang lain.



Perempuan itu  kan indah, kenapa lah dicari  lelaki jugak. Janganlah kita jadi seperti kaum Nabi Luth dilaknat oleh Allah. Kepada golongan gay ni bertaubatlah selagi pintu taubat masih dibuka.

No comments: