Wednesday, 8 April 2015

SEBAIK-BAIK INSAN ADALAH YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA INSAN LAIN!!!BUKAN YANG SUKA MENAMBAH MASALAH!!!!

PAK LAH MEMBELA DS NAJIB ?



Saya percaya anda sudah membaca kritikan kedua Tun Dr.Mahathir Mohamad (Tun M) ke atas Datuk Seri Najib (Najib). Dalam kritikan kedua itu, Tun M tidak lagi mengkritik terlalu keras sebaliknya beliau turut mempertahan diri daripada serangan balas oleh pelbagai pihak khususnya isu-isu yang serupa ketika era pemerintahannya.


Seperti yang saya fikirkan, menyerang balas peribadi Tun M adalah kurang bijak kerana yang perlu dilakukan ialah menjawab isu-isu yang dibangkitkannya. 


Manakala kesilapan sebahagian besar kita adalah mahukan Najib menjawab dengan kadar segera. Najib mempunyai berpuluh tahun pengalaman di dalam kerajaan dan parti. Dalam banyak isu, Najib tidak bertindak sendiri atau mengambil tindakan sendiri. Sebaliknya Najib kembalikan segala isu ke meja rundingan Kabinet, Majlis Tertinggi UMNO dan Majlis Tertinggi Barisan Nasional. Amalan ini bukanlah baharu pun.


Ramai orang sudah lupa, bahawa isu 1MDB sebahagian besarnya sudah dijawab sendiri oleh Jho Low, Petrosaudi dan juga pengurusan 1MDB. Oleh kerana ianya tidak memuaskan hati semua pihak, Najib menyerahkan kepada Jabatan Audit Negara, PAC, SPRM malah PDRM untuk melakukan siasatan berdasarkan laporan-laporan yang telah dibangkitkan.


Tun M mahu Najib menjawabnya dengan segera, tetapi Najib kelihatan memberi peluang kepada Jabatan Audit Negara melaksanakan tugas mereka. Adalah lebih baik menunggu jawapan Jabatan Audit Negara daripada Najib menjawab sendiri. Kerana apabila Najib menjawabnya, mereka tetap juga tidak akan berpuashati malah akan mengungkit lagi perkara-perkara lain.



Motif


Kerana motif mereka bukan mahukan jawapan itu, motif mereka adalah untuk menjatuhkan Najib.


Begitu juga isu Sirul dan rakannya yang dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. Hukuman itu bukannya hukuman daripada Najib, tetapi hukuman daripada Mahkamah setelah perbicaraan bertahun-tahun lamanya. Apakah niat anda mengaitkan Sirul dengan Najib? Adakah anda hendak berkata bahawa Najib mempengaruhi Mahkamah? 


Sebenarnya bukan isu jawapan yang mereka mahukan. Sekali lagi motifnya adalah supaya Najib dijatuhkan. 


Tun M menyatakan dalam entri terbaharunya bahawa semasa beliau memerintah juga berlaku penggunaan wang negara dan juga mengalami kerugian. Mana-mana kerajaan tetap menggunakan dana sedia ada sama ada sebagai dana modal, dana pusingan dan sebagainya untuk menambah pendapatan negara. 


Baru-baru ini laporan di negeri kaya Selangor menyebut, Yayasan Selangor kerugian berjuta-juta ringgit. Namun siber trooper UMNO dan Kerajaan tidak melihat isu itu kerana mereka sudah diperdaya dengan isu lain.


Najib, Tun M, Tun Abdullah, Tun Daim Dan DS Anwar


Najib adalah ahli ekonomi dan lulusan ekonomi. Tun M adalah seorang doktor perubatan. Tun Daim Zainuddin adalah seorang bisnesman. DS Anwar adalah lulusan sastera. Tun Abdullah pula lulusan agama. Mereka semua pernah menjadi Menteri Kewangan. Masing-masing dengan gaya yang tersendiri. 


Tun M sering menggunakan cara yang drastik, cepat dan segera sebagaimana tindakan beliau menangani krisis kewangan 1998. Itu lumrah bagi seorang doktor perubatan yang akan berusaha dengan kadar segera untuk menyembuhkan pesakitnya.


Manakala, Tun Abdullah atau lebih mesra dipanggil Pak Lah memberhentikan projek jambatan bengkok kerana Pak Lah seorang yang sederhana tetapi berjiwa rakyat. Kerana itulah Pak Lah masih mampu menaikkan gaji kakitangan awam, menaikkan gaji doktor dan guru, serta menambah pelbagai elaun dan kemudahan kepada kakitangan awam. 


Anwar pula gemar menggunakan kumpulan think-thank kerana itu Anwar percaya pendekatan IMF. Seperti yang pernah saya sebutkan lama dahulu, Anwar mirip menggunakan teori ekonomi Adam Smith ketika mengurus ekonomi negara. Ianya bermazhab populariti.


Tun Daim seorang bisnesman. Oleh kerana itu, beliau mentadbir kewangan negara sebagaimana beliau mentadbir syarikatnya dengan mengutamakan keuntungan dan merendahkan risiko kerugian. Namun, adakalanya pelaburan juga mengalami kerugian kata Tun M.


Najib pula kelihatan menggunakan perniagaan berskala besar dengan tujuan membawa keuntungan yang besar kepada negara, seterusnya dapat diagihkan kepada rakyat dalam bentuk realiti (contohnya BR1M, Haji dan Umrah percuma, Biasiswa 1MDB). Malang kepada Najib ialah usahanya sering diganggu bukan sahaja oleh pembangkang tetapi kini dipertanya oleh Tun M pula.


Satu perbandingan yang jelas, Najib mengurus 29.9 juta (2015) penduduk, manakala Tun M mengurus lebih kurang 15.2 (1982) juta penduduk. 


Dari aspek politik pula, rajah di bawah diemelkan kepada saya. Anda boleh mengupasnya sendiri.

Kesimpulannya, 1MDB bukanlah ulangan kisah skandal BMF yang menggemparkan itu !


**Pesanan saya kepada blogger daripada sayap parti UMNO, NGO dan agensi kerajaan jawablah dengan fakta isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun M. Fakta lawan Fakta, hakimnya serahkan kepada rakyat jelata.


Di antara jawapan-jawapan  kepada Tun M:-


1. Isu Saifuddin serang Tun M di sini


2. Isu pertanyaan Tun M kepada DS Najib di sini


3. Isu Tun M membangkitkan semula isu-isu nasional yang dikaitkan dengan DS Najib ini


Nampaknya, Khairy Jamaluddin telah membela DS Najib dengan bijaksana. Adakah itu suara pembelaan Pak Lah daripada corong menantunya? 


Jangan lupa, Pak Lah juga mantan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan !-jentayuabaka.

1 comment:

Anonymous said...

kah kah kahhh..
Tak sempat panas PR bertarung dalam isu hudud. Sehingga boleh membawa kepada perpecahan..

UMNO sama UMNO bercakaran pula...
Inilah minda politik kolot orang Melayu Islam.

Tidak pandai mengambil peluang bersama-sama membangunkan umat Islam.

Inilah dunia politik Malaysia yang saling curiga-mencurigai. Penuh dengan sangkaan buruk kepada pihak lain. Sedangkan ajaran Islam wajib bersangka baik sesama Islam telah diketepikan...

Teruknya politik Umat Islam di Malaysia.