Wednesday 29 April 2015

DALAM SENGSARA ADA HIKMAHNYA!!!


Golongan Pertengahan Menikmati Pengurangan Cukai Individu Sehingga RM 19,350 Kerana GST???



Dalam pembentangan belanjawan yang 
lepas Kerajaan Malaysia menerusi menteri 
kewangan merangkap PM iaitu DS Najib, 
telah mengumumkan pengurangan kadar 
cukai individu dan perniagaan untuk cukai 
taksiran tahun 2015 sebagai langkah 
persediaan perlaksanaan GST pada 
1 April 2015 yang lalu.

Melalui perbandingan di bawah pengurangan 
cukai individu yang bakal dinikmati adalah di 
antara RM 50.00 sehingga RM 19, 350.00 bagi 
pendapatan bercukai di antara RM 10,000 
sehingga RM 400,000 setahun.


Walaupun pengurangan pembayar-pembayar 
cukai yang berpendapatan RM 3,000 sebulan 
mungkin rendah iaitu skitar RM300-RM 450 
tetapi mereka menikmati BRIM 1M yang 
bernilai sehingga RM 950.00 setahun.

Dalam hampir kebanyakan rakyat mengeluh 
dengan perlaksanaan GST kerana lebih 
banyak barangan yang dikenakan cukai 
berbanding sistem cukai SST tetapi 
hakikatnya walaupun semua pengguna 
tidak akan dapat lari daripada membayar 
cukai GST, tetapi sebenarnya kerajaan 
telahpun memberikan subsidi mahupun 
insentif di dalam bentuk BRIM 1M ataupun 
melalui pengurangan cukai ndividu.

Tetapi telah menjadi resam dunia, apa 
yang didapati secara percuma kita akan 
kurang menghargainya.

Apapun penulis merasakan perlaksanaan 
GST masih boleh diperbaiki di mana pihak 
kerajaan boleh mengecualikan beberapa 
lagi barangan keperluan seperti pampers 
bayi dan pampers dewasa kerana ianya 
menggalakkan pewujudan masyarakat 
yang bertanggung-jawab yang menyayangi 
anak-anak dan golongan tua.

Malah makanan seperti tempe dan tahu 
yang mungkin merupakan alternatif protien 
kepada sesetengah golongan miskin wajar 
dikecualikan daripada GST!!!-bumiyang.

No comments: