Menerusi laman sosial, foto wajah sebenar Aidana Baizieva kini tersebar dilaman sosial. Namun, persoalan siapa dan apakah tugasan Aidana didalam helikopter tersebut bersama VVIP masih menjadi tanda tanya.
Identiti Mayat Ke 6 Masih Belum Lagi Dikenalpasti
Menurut pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan dipercayai wanita misteri tersebut, Aidana Baizieva belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.
BERITA TERKINI:
Seorang ahli keluarga Aidana Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur untuk menuntut mayat wanita tersebut.
Difahamkan gadis tersebut yang juga adik Baizieva sedang mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat itu.
Dia tiba di bilik mayat kira-kira pukul 10.45 pagi Isnin dan ditemani seorang lelaki dari Kedutaan Kyrgyzstan.
Wanita tersebut enggan bercakap dengan media yang dilarang daripada memasuki perkarangan bilik mayat.
Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.
"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," katanya.
Baizieva antara yang maut dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu.
Nahas tersebut turut menggorbankan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis.
Terdahulu, wanita tersebut dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter yang terhempas itu tetapi kemudiannya disahkan sebagai kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka. -mstar
3 comments:
Tak de perempuan Melayu ke nak bawak naik heli?
Kunun benci Cina...HIDUPPPPP MELAYU. Tapi ramai pemimpin Melayu bersama2 Cina. Nasib baik tak de India dalam tu.
Sedorle skit Melayu woit...
Jawapan: Amano akan jatuh dengan sendirinya disebabkan perebutan harta dan wanita2nye.
dengkilah tu!
pas,pkr dah lama jatuh bawah kangkang wanita!
Post a Comment