Wednesday, 29 April 2015

TETAP BERJUANG,TAK AKAN MENYERAH KALAH!!!





Perdana Menteri Datuk Seri Najib 
Razak menegaskan beliau tidak 
akan berganjak atau menyerah 
kalah walaupun diasak dan dikritik.

Katanya beliau akan tetap istiqamah 
berjuang demi rakyat sebagai 
sebuah kerajaan yang telus bersama 
timbalannya Tan Sri Muhyiddin 
Yassin, jemaah menteri dan anggota 
pentadbiran.

Memetik seruan hikmat Bugis, 
beliau berkata apabila perahu 
dikayuh ke tengah, ia tidak boleh 
“bersurut pulang”.
   



Beliau menyampaikan ucapan sempena 
pelancaran Laporan Tahunan 2014 
untuk Program Transformasi Kerajaan 
(GTP) dan Program Transformasi 
Ekonomi (ETP).

“...meskipun bagaimana besar gelombang 
yang melanda, biarpun kemudi patah, 
biarpun layar robek, biarpun seribu 
kapal tenggelam di tengah lautan, ia 
lebih mulia bagi kita tegap teguh 
berjuang daripada membalik haluan 
pulang,” katanya.

Kata-katanya itu secara tidak langsung 
menjawab kritikan bekas perdana 
menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 
yang menuntut agar beliau 
meletak jawatan.

Mahathir sebelum ini antara lainnya 
membangkitkan mengenai motif 
kes pembunuhan wanita Mongolia, 
Altantuya Shaariibuu, pentadbiran 
dana 1Malaysia Development 
Bhd (1MDB).

Turut dibangkitkan Mahathir ialah 
langkah pembayaran wang tunai kepada 
golongan kurang berkemampuan 
melalui skim Bantuan Rakyat 
1Malaysia.

Menurut Mahathir, walau dengan 
bayaran 
tersebut, Najib tetap 

mencatatkan prestasi buruk 

semasa pilihan raya 

umum 2013.


Menjawab isu BR1M, 
Najib seterusnya membawa 
seorang warga kurang berkemampuan 
di atas pentas, yang diterbangkannya 
khas dari Betong Sarawak.














“Beliau adalah seorang ibu tunggal yang 
kini bekerja sebagai pengawal 
keselamatan di sebuah sekolah 
dan mempunyai 4 orang anak 
yang berusia di antara 11 
hingga 20 tahun.

“Di sini, sebagai seorang pemimpin, 
suka saya menyatakan, sesiapa sahaja 
boleh mengatakan apa saja yang mereka 
suka dan fikirkan.

“Namun bagi individu rakyat seperti 
Puan Dayah ini, Bantuan Rakyat 
1Malaysia, betul-betul dapat 
membantu meringankan beban 
yang ditanggung 
bagi kos 

persekolahan anak-anaknya,” 
kata Najib.

Seramai dua orang anak wanita tersebut 
turut ditunjukkan di atas pentas 
dalam siaran langsung melalui RTM itu.

Menurut Najib lagi, skim bantuan seperti 
itu berjaya dilaksanakan di negara seperti 
United Kingdom dan Indonesia.

Skim itu juga hanyalah langkah 
sementara, kata Najib yang menegaskan 
bahawa ia mampu meringankan beban 
golongan sasaran – seramai tujuh 
juta isi rumah.

No comments: