Monday 20 April 2015

CARA MUDAH PAS KE PUTRAJAYA,BERGABUNG DENGAN BARISAN NASIONAL!!!


Mat Sabu yakin DAP dan PKR akan bawa PAS ke Putrajaya.. Hidup Bang Mat!!

Mat Sabu mendedahkan bahawa kerjasama di dalam Pakatan Rakyat (PKR) dilakukan bertujuan PAS ingin menguasai pentadbiran di beberapa Kerajaan Negeri sekiranya pakatan berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.



Timbalan Presiden PAS itu juga menegaskan 'perancangan' tersebut dapat dilihat dengan jelas kerana pemimpin PAS pastinya akan diangkat menjadi Menteri Besar untuk mewakili (PR) dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Mohamad Sabu berkata, perkara terbabit sudah dapat dibuktikan sebelum ini apabila pemimpin PAS dipilih untuk menerajui kepimpinan Kerajaan Negeri di Perak dan Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-12(PRU12) lalu.

Beliau melihat 'kejayaan' tersebut berlaku selepas PAS menjalinkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP sehingga berjaya merampas beberapa buah negeri yang sebelum ini di anggap sebagai kubu kuat BN.

“Kita (Pas) berupaya untuk menang sekurang-kurangnya 10 negeri jikalau PR dijaga sebaik mungkin dengan prinsip dan dasar tidak lari dari perjuangan asal.

“Kalau kita menang di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka yang menjadi menteri besar ialah Pas. Kenapa kita perlu bimbang.

“Jajahan takluk Pas dari Rantau Panjang hingga Kemaman, hatta Kedah yang Pas paling kuat dalam Malaysia pun, kita hanya berjaya tawan 12 kerusi parlimen pada tahun 1999.

“Pas memerintah Kedah atas sokongan kaum lain yang menyokong PR hasil kerjasama politik PKR dan DAP,” katanya dalam satu kenyataan ketika  merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Padang Terap kali ke-40 di Kompleks Pas Kawasan, Kampung Barokas.

Menurut beliau, situasi yang berlaku sudah memperlihatkan matlamat sebenar PAS menjalinkan kerjasama dengan PR seandainya impian untuk menguasai Putrajaya dapat dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum ke -14(PRU14) nanti.

Justeru itu,  beliau berharap tanggapan yang menuduh PAS dipergunakan rakan sekutu dalam PR harus dihapuskan kerana realitinya PKR serta DAP hanya mampu menguasai Selangor dan Pulau Pinang dalam pentadbiran negeri.-UtaraNews.com

No comments: