Wednesday, 1 April 2015

HUDUD: HUKUM PEMBERONTAKAN(BUGHAH)!!!


PEMBERONTAKAN (BAGHYUN)




Ada empat golongan yang dikategorikan sebagai penderhaka (pemberontak) iaitu:

-Golongan yang tidak mentaati pemerintah kerana sengaja ingin merosakkan keamanan negeri.

-Kumpulan yang memberontak terhadap pemerintah yang adil kerana salah faham atau takwil yang keliru, tetapi jumlahnya kecil.

-Golongan khawarij yang mengkafirkan orang yang melakukan dosa-dosa besar dan juga mengkafirkan Uthman, Ali, Thalhah, Az-Zubair dan banyak sahabat yang lain, dan menghalalkan darah orang-orang Islam dan harta benda mereka kecuali yang menyertai pergerakan mereka.

-Golongan ahlul-haq yang menentang pemerintah dan bertujuan untuk melucutkan jawatannya kerana sesuatu takwil yang keliru, dan mereka mempunyai kekuatan yang memerlukan kekuatan pula untuk menentang mereka.


Dua golongan umat Islam yang berperang kerana ashabiah atau kerana merebutkan kekuasaan.


UQUBAH KE ATAS BUGHAH (PEMBERONTAK)




Segolongan ulama’ berpendapat bahawa pemberontak wajib terus diperangi kerana membiarkan mereka akan melahirkan banyak lagi kerosakan yang sukar diperbaiki.

Segolongan ulama’ pula berpendapat pemberontak wajib diperangi tetapi harus dinasihat dan diberi amaran terlebih dahulu.



LIWATH

PENGERTIAN LIWATH

Ialah hubungan seks antara lelaki dengan lelaki lain melalui jalan belakang (dubur) dan termasuk juga hubungan seks antara lelaki dengan perempuan melalui jalan belakangnya. Liwath adalah lebih khusus dalam kes homoseks (hubungan sejenis) walaupun tidak melibatkan jalan belakang.


HUKUM LIWATH

Liwath dipandang keji dalam semua masyarakat Samawi, termasuklah Islam. Ia bermula sejak zaman umat Nabi Luth dimana lelaki melepaskan nafsu terhadap lelaki dan tidak mendekati isteri-isteri mereka. Ijma’ ulama’ bahawa liwath adalah dosa besar dan dikenakan hukuman duniawi dan ukhrawi.


UQUBAH TERHADAP PESALAH LIWATH


Kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa orang yang melakukan liwath wajib dikenakan hukuman mati (bunuh) walaupun pesalah bukan muhshan. Di antara yang berpendapat seperti berikut ialah sahabat-sahabat Rasulullah dan salah satu pendapat Asy-Syafi’e.


Abu Bakar As-Siddiq dan Ali bin Abu Thalib berpendapat, orang yang melakukan kesalahan liwat itu hendaklah dipenggal lehernya dengan pedang, kemudian mayatnya dibakar.

Umar Al-Khattab dan Uthman bin Affan berpendapat, pesalah hendaklah ditindih dengan tembok atau dinding batu sampai mati.

Abdullah bin Abbas pula berpendapat pesalah dan pasangannya hendaklah dicampak dari bangunan yang paling tinggi dalam negeri.

Ulama’ lain berpendapat hukuman ke atas pesalah liwath sama dengan hukuman yang diterima pesalah zina.


SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN HUKUMAN

Syarat-syarat pelaksanaan hukumannya sama dengan syarat-syarat pelaksanaan hukuman pesalah zina. Dan juga melibatkan:

Pelakunya hendaklah mukallaf, dewasa dan berfikiran waras.
Melakukan liwath dengan sengaja, bukan dipaksakan.


HUBUNGAN SEKS DENGAN HAIWAN

Para ulama’ bersependapat bahawa melakukan hubungan seks dengan haiwan itu adalah dosa besar

Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, Ad-Daruqunthi, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan Abu Asyaikh meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa mendatangi haiwan hendaklah kamu bunuhnya dan bunuhlah haiwan itu bersamanya.”


UQUBAH KE ATAS ORANG YANG BERHUBUNGAN SEKS DENGAN HAIWAN


Pendapat golongan Malikiah:


Wajib dikenakan hukuman had serupa dengan hukuman ke atas penzina. Orang muhshan direjam sampai mati dan bukan muhshan dirotan seratus kali.


Pendapat golongan Hanbali:

Wajib dikenakan hukuman had serupa ke atas pesalah yang melakukan liwath.


Pendapat golongan Hanafiah:

Tidak dikenakan had, kerana tidak termasuk dalam erti zina dan tiada nash dari Al-Quran atau As-Sunnah mengenainya. Wajib dikenakan Ta’zir mengikut ketentuan hakim.


Pendapat golongan Asy-Syafi’e:

Pendapatnya yang paling kuat adalah serupa dengan pendapat mazhab Maliki, pendapat yang kedua sama dengan pendapat mazhab Hanafi.


HUKUM HAIWAN YANG DISETUBUHI

Para ulama’ berbeza pendapat mengenai perkara ini tetapi kebanyakan daripada mereka berpendapat haiwan tersebut perlu dibunuh untuk mengelakkan masyarakat sekeliling mengumpat (ghibat), mengelakkan daripada pesalah melakukan kali kedua dengan haiwan yang sama, dan untuk mengelakkan kekotoran ke atas pemakan.

No comments: