Friday 17 April 2015

ISLAM DIHINA DI SELURUH DUNIA!

Liverpool FC akan ambil tindakan terhadap peminat bengong yang malukan orang Islam solat.




ANFIELD - ENGLAND. Kelab bola Liverpool menimbang untuk mengenakan tindakan terhadap seorang peminatnya yang bertindak mengambil gambar dan memalukan dua lelaki Islam bersolat di stadium Anfield, baru-baru ini.


Menurut Dailymail, Stephon Dodd menulis, "Muslim bersembahyang semasa waktu separuh masa di perlawanan #menjijikkan" di samping sekeping gambar menunjukkan dua orang lelaki sedang sujud di laman Twitter.


Laporan The Guardian mengatakan, kelab gergasi Inggeris berkenaan memberitahu akan menyiasat tindakan yang patut diambil terhadap lelaki berkenaan, Selasa lalu.


"Polis sedang menyiasat perkara ini dan merujuk kepada kelab Liverpool untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terbabit," kata kelab berkenaan-realitiabadi.

No comments: