Thursday, 16 April 2015
KENAPA SAMPAI MACAM NI???
Apa sebab kubur Nik Aziz dipagar?
Anak kepada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan pagar yang dibina di kubur ayah adalah bertujuan untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah.
Nik Mohamad Abduh bagaimanapun menafikan ia dibina oleh keluarga, sebaliknya ia adalah atas hasil usaha penduduk kampung dan murid Nik Abdul Aziz.
Biarpun pagar itu dibina tanpa pengetahuan mereka sekeluarga, namun Nik Mohamad Abduh berkata dia dan keluarga tidak kisah kerana ia dibuat dengan tujuan yang baik.
Beberapa hari lepas, sekeping gambar yang menunjukkan sebuah kubur dipercayai kubur Allahyarham Nik Aziz dipagari besi berwarna hijau, tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.
ISLAM TAK SURUH PUN KOREK TANAH KUBUR!!!TAK PASAL-PASAL KENA BUAT PAGAR!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment