Monday, 27 April 2015

PAS! APA SUDAH JADI???




Apa sudah jadi PAS ?





Apa pun KITA bersyukur kerana disinilah segala-galanya terdedah !


Pendirian Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk merehatkan semua jentera pemudanya dalam kempen di Permatang Pauh merupakan bukti nyata betapa nafas PAS amat busuk sekali.

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG.


TAMAT TEMPOH 
PERMOHONAN MAAF AMK.

Berikutan desakan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi.

Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.

DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini.

Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.

Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.

DPPNPP turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.

Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
26 April 2015


Bau yang terhambur dari kata-kata itu menjadi amat busuk kerana ia telah mendedahkan kepada kita betapa dalam misi sebesar ini pun (Prinsip & Pendirian Hudud) masih ada dikalangan mereka yang belot dan meninggalkan janji dan taat setia kepada parti.


Hakikatnya pendirian Dewan Pemuda PAS yang dilihat tegas dan berani itu tidak akan ke mana kerana gegerannya hanya dipandang sebelah mata oleh pimpinan dalam Pakatan Haprak khususnya PKR.


Suara tegas dan berani itu akhirnya lembik apabila Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang diKHIANATI secara TOTAL oleh sebahagian besar kepimpinan PAS di kawasan Permatang Pauh.


Ya .. Mungkin akan berlaku sedikit masalah di beberapa sudut NAMUN secara tersuratnya keputusan Omar Hassan untuk kembali menggerakkan jentera PAS bagi membantu kempen PKR adalah sesuatu yang telah memakan diri PAS itu sendiri.


Taraf pencacai akan terus sebati dengan mereka manakala pimpinan PKR dan DAP akan terus mengalunkan lagu dengan nada yang sama kerana mereka tahu PAS kini sedang berdepan dengan ombak besar dan mereka akan mencapai apa sahaja yang terhidang didepan mata asalkan nasib dan nyawa mereka selamat.


Siapa kata ketegasan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang akan menggugat perancangan Pakatan Haprak di bumi Permatang Pauh ?




Kalau ada sekalipun pasukan simpanan kini sudah dipersiapkan untuk menghadapi segala kemungkinan !! 


Bilik Gerakan PASMA di Permatang Pauh



INGAT Dewan Pemuda PAS kata jenteranya DIREHATKAN so tak mustahil lepas ni back to filed !! Kenapa ? Tak percaya ?

MMI

No comments: