Sunday, 26 April 2015

Kenapa Wanita Bertudung Lebih Baik???

               Gambar adalah sekadar hiasan semata-mata


Jangan sesekali cakap "tunggu sekejap" "nanti la, 
tutup la aurat bila terbuka hati" untuk menutup aurat 
dengan memberikan alasan-alasan popular sebegini. 
Malaikat maut tidak akan menerima "tunggu sekejap" 
anda itu biarpun sedetik sekiranya sudah tiba saat 
mencabut nyawa. 


Berikut merupakan 8 sebab utama 
mengapa wanita yang bertudung itu lebih baik.


1. Tuntutan Agama


Putri Rasulullah menanyakan apa yang dilihat 
ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung 
rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan 
digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang 
dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya." 


Fatimah Az-Zahra kemudia menanyakan mengapa 
mereka disiksa seperti itu? "Wahai puteriku, adapun 
mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya 
mendidih adalah wanita yang tidak menutup 
rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang 
bukan muhrimnya."


2. Mengurangkan dosa


Sehelai rambut yang diperlihatkan kepada lelaki 
yang bukan muhrim, satu dosa anda dapat. 
Kalau sehelai rambut SENGAJA diperlihatkan 
kepada 10 lelaki bukan muhrim, maka 10 dosa 
anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut 
anda?! Dan tahukah berapa ribu lelaki yang 
anda hadapi setiap hari?!


3. Lebih pintar dan tenang


Kepala yang dilindungi tudung akan lebih 
selesa, cuaca panas dapat dilindungi 
melalui pemakain tudung. Kepala yang 
sihat dan selesa akan mendorong 
kelancaran perjalanan darah di otak 
membuatkan otak dapat berfikir dengan 
cepat dan baik.


4. Tidak membazir


Tidak perlu pening kepala membazirkan masa 
nak luruskan rambut, warnakan rambut, beli 
segala rawatan untuk menjadikan rambut 
kelihatan cantik.


5. Lebih sopan dan manis


Lebih 98% lelaki mengakui wanita bertudung 
nampak lebih sopan dan manis. Maka anda 
mempunyai 'nilai tambahan' di situ.


6. Rambut lebih tahan lama dan sihat


Fakta: Rambut yang terdedah kepada 
sinaran ultra-ungu (UV) akan merosakkan 
rambut. Walaupun anda memakai syampu 
pelindung, hakikatnya syampu itu sendiri 
mengandungi bahan kimia merosakkan.


7. Menjadikan diri anda 'mahal'


Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa 
wanita bertudung ibarat buah epal yang 
sedang masak ranum di pokok tetapi 
sukar dicapai kerana kedudukannya di 
puncak pokok berbanding epal yang lain.


8. Lebih dihormati


Wanita bertudung lebih dihormati ramai. 
Setiap tutur katanya menjadi panduan 
dan kesopanan serta sifat merendah diri 
menjadikan anda begitu dikagumi.
by Nick Nashram.

No comments: