Sunday, 12 April 2015

PERCUKAIAN DALAM ISLAM!!! GST HARAM???




Pembetulan persepsi salah dan penyalahgunaan hukum serta fakta.







SUDUT AGAMA



1- KESALAHAN FAKTA YG PERTAMA : Mengatakan bahawa "Hukum asal muamalat adalah haram". Benarkah? 



Tahukah kita bahawa jumhur ulama’ termasuk Imam empat mazhab berpegang bahawa "hukum asal dalam mu’amalat adalah halal dan boleh kecuali kalau ada dalil yang mengharamkan atau melarang".



Ini adalah antara dalil-dalil yang menyokong pendapat Imam yang empat - 


a) “Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”. (QS. Al-Baqorah : 275). 




Allah halalkan hukum muamalat. 


b) "Apabila sholat telah ditunaikan, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah”. (QS. Al-Jumu’ah : 10)



c) "Padahal sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu”. (QS. Al-An’am : 119)



Allah telah menggariskan dengan detail di dalam Al Quran apa yg di haramkan dan tidaklah boleh mengharamkan sesuatu kecuali kalau ada penjelasannya dari Allah & rasul.



d) "Katakanlah: “Tiadalah aku dapatkan dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi”. (QS. Al-An’am : 145)



 Allah hanya membatasi perkara-perkara yang diharamkan dalam ayat ini, maka apa saja yang tidak diketahui pengharamannya maka ia adalah halal.



2- KESALAHAN FAKTA YG KEDUA : Menjelaskan bahawa ketika zaman saidina umar cukai hanya dikenakan kepada orang bukan Islam.


Kita perlu kembali merujuk sirah, saidina umar juga mengenakan cukai sebanyak 2.5% kepada pedagang2 Islam. 



Utk pengetahuan, cukai pintu yang saban tahun di naikkan di Negeri paling Islamik di dunia ( Kelantan ), juga di kenakan pada semua golongan lapisan masyarakat.



3- KESALAHAN FAKTA KETIGA : Zakat


Zakat adalah ibadah yang wajib dan dijelaskan dengan terperinci di dalam Al - Quran. Zakat hanya boleh di berikan kepada 8 Asnaf sahaja. 



Sekolah, jalan raya, dewan, hospital tidak termasuk dlm 8 asnaf ini. Malah penggunaan wang zakat di kalangan non muslim juga ada di perdebatkan dengan detail. 



Maka, dari sumber mana untuk kerajaan perolehi membangunkan negara? Ketika zaman Rasullullah, baginda menggunakan hasil rampasan perang untuk membangun negara. Hingga tiba zaman saidina Umar, pendapatan negara tiada kerana sudah tidak ada lagi peperangan. Maka saidina umar memperkenalkan sistem cukai.



Jika ada yang  mengatakan pengutipan cukai itu satu kezaliman, maka saidina Umar adalah orang pertama lakukan kezaliman kepada rakyatnya.


SUDUT EKONOMI


-70% PERBELANJAAN NEGARA adalah dari cukai. 



- Dari tahun 1970 lagi SST di perkenalkan. Sumber pendapatan ini adalah telah di salurkan kembali kepada rakyat dengan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan di samping memberi pendidikan kepada rakyat bersubsidi 95% dan juga memastikan rakyat sentiasa sihat dengan subsidi 98%. 



- Hasilnya, kadar kemiskinan negara dari 50% (tahun 1970) menurun kepada 1.7% (tahun 2014). Lebih menarik, pendapatan purata seisi rumah juga meningkat saban tahun. Bukankah ini adalah manfaat besar kepada rakyat hasil 70% cukai berkenaan?



- Sumber asli negara. Sampai bila kita nak mengharapkan sumber asli negara yang makin hari makin berkurangan sebaliknya kadar pertumbuhan populasi penduduk makin bertambah? Bila penduduk makin bertambah, keperluan mereka juga bertambah. Dengan sumber asli yang makin berkurangan, di mana kerajaan harus dapatkan sumber untuk rakyat?



- Ketirisan yang di nyatakan jabatan audit negara.Audit adalah bertujuan untuk memperbaiki perkhidmatan kerajaan dan bukan untuk mencari kesalahan. Setiap ketirisan akan di laporkan dan pihak jabatan berkenaan perlu membalas apakah langkah2 mereka untuk atasi ketirisan disamping cadangan dari pihak audit. Itulah kemanisan pemerintahan kerajaan yang senantiasa melihat segenap aspek. 



- SST adalah satu bentuk ketirisan yang menyebabkan kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM 20 billion setahun (purata utk 10 tahun). GFI melaporkan bahawa Malaysia berada tempat ketiga dalam dunia mengalami pengaliran wang haram akibat ketirisan ini. Untuk atasi ketirisan ini, BNM mencadangkan perlaksanaan GST yg lebih telus dari SST. Agak2 kau oranglah, tidakkah ianya memberi manfaat kepada rakyat? 



- Adalah tidak benar mengatakan bahawa GST menzalimi rakyat terutama mereka yang susah. Menurut kajian pada tahun 2010 bahawasanya, index beban bagi penduduk berpendapatan rendah adalah 4.5% berbanding SST 11.2%. Hasil dari kutipan cukai, kerajaan pulang kepada rakyat dalam bentuk BR1M. Index beban rakyat berpendapatan rendah menurun dari 4.5% kepada 1.5%. Adakah ini menzalimi rakyat?



- Dengan SST kerajaan memperolehi pendapatan sebanyak RM 19 billion setahun. Tetapi dengan GST, kerajaan boleh memperolehi RM 22 billion setahun. Bukankah ini memberi manfaat kepada rakyat???



Kesimpulan:


1- “Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin ulil amri (pemimpin) di antara kamu.” (Surah an-Nisaa, 4: 59)



2- “Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku, dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah mereka orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam bentuk manusia.” Aku (Hudzaifah) bertanya, “Apa yang perlu aku lakukan jika aku menemuinya?” Baginda menjawab, “(Hendaklah) kamu mendengar dan taat kepada amir (pemerintah), walaupun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu, tetaplah mendengar dan taat.” (Hadis Riwayat Muslim, Shahih Muslim, 3/387, no. 3435)



3- "Sesungguhnya kamu akan menyaksikan selepas peninggalanku perbuatan mementingkan diri dan pelbagai perkara yang kamu ingkari (tidak suka).” Mereka (para sahabat) bertanya:



“Maka apakah yang engkau perintahkan kepada kami wahai Rasulullah?” Baginda bersabda:



“Tunaikanlah kepada para pemerintah hak-hak mereka (sebagai pemimpin) dan mintalah kepada Allah hak-hak kamu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Fitan, 21/441, no. 6529)



Zakat itu hak Allah (ibadah), maka tunaikan hak Allah. Manakala cukai itu hak pemerintah, maka tunaikan lah hak2 pemerintah dan kemudian minta lah hak2 anda. 



- Dr Aznil Hisham

No comments: