Monday, 27 April 2015

PENUH BERNAFSU TAK PERNAH PUAS-PUAS!!! MANUSIA...MANUSIA...HIDUP MENONGKAT LANGIT!!!


MAHATHIR HARAP UNDI BN DI ROMPIN MEROSOT!!!



BN MENANG PERMATANG PAUH BERAKHIRLAH   
KEMPEN ANTI NAJIB!



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir 
Mohamad yakin BN akan menang dalam 
Pilihan Raya Kecil Rompin dan yang paling 
menarik baginya ialah untuk mengetahui 
samada BN dapat mengekalkan majoriti 
besar yang diperolehi sebelum ini.

Bagi Tun Dr. Mahathir jika kali ini undi 
merosot, sudah bererti beliau dapat melihat 
kebenaran dalam ramalannya BN akan kalah 
dalam Pilihan Raya Umum akan datang, 
terutama sekali kerana berlaku di kawasan 
Parlimen yang diwakili sahabat karib Najib 
dan orang kepercayaan Perdana Menteri.

Kemerosotan undi sudah cukup untuk 
melonjakkan lagi keazaman Tun Dr. Mahathir 
dalam perjuangan nekadnya bagi menjatuhkan 
Najib. Inilah yang paling mendebarkan Najib.

Bagi Permatang Pauh, Tun Dr. Mahathir turut 
dalam ramalan popular bahawa BN pasti kalah 
dan PKR akan menang kerana pengundi yang 
sentimen kepada Anwar tidak mempedulikan 
apapun, sebaliknya akan mengundi membabi 
buta.

Bagaimanapun, sekiranya ditakdirkan Allah 
BN menang di Permatang Pauh, maka Tun 
Mahathir mestilah menutup buku anti kempen 
Najib dan Najib akan dapat cahaya baru bagi 
BN dalam Pilihan Raya umum kelak.

Sementara itu seorang wakil rakyat DAP Pulau 
Pinang, tidak bersetuju dengan Penasihat DAP, 
Lim Kit Siang untuk berkerjasama dengan Tun 
Dr. Mahathir bagi menyelamatkan Malaysia, 
kerana kempen Tun Dr. Mahahtir untuk 
menjatuhkan Najib adalah tidak demokratik 
dan lebih bertujuan untuk memperkuatkan 
UMNO.

Wakil ini salah dalam membuat pertimbangan. 
Tun Dr. Mahathir menjalankan kempen anti 
PM Najib di luar kerajaan dan tidak 
menggunakan kuasa kerajaan. Beliau bukan 
seperti Lee Kuan Yew, mantan Perdana Menteri 
Singapura yang terus memegang tali dan 
menarik hidung perdana menterinya bila perlu. 
Malah Tun Dr. Mahathir tidak pun membayangi 
dirinya sebagai penasihat tetapi terus bersara 
dan menjadi pengkritik di luar.

Maka itu, Tun Dr. Mahathir adalah benar 
dalam mendakwa dirinya bukan authoritarian 
seperti Lee Kuan Yew. Pada umurnya 91 tahun  
tanpa kuasa masih boleh menggoncang kerajaan, 
maka tentulah beliau pemimpin yang paling hebat 
di dunia. Jika beliau disiasat atau ditangkap maka 
pasti akan menggemparkan dunia.

Ini berbanding dengan kedudukan pengaruh 
Perdana Menteri Malaysia Pertama,  Almarhum 
Tunku Abdul Rahman selepas bersara sekalipun 
cuba memberikan fikirannya di luar kerajaan, 
tetapi tetap tidak popular di kalangan orang 
Melayu.-Zamkata.

No comments: