Sunday, 19 April 2015

BANI JAWI DARAH NABI IBRAHIM DAN QETURAH!!!

BANGSA MELAYU MEMANG ORANG ASAL



Hasil penyelidikan yang dijalankan beberapa pakar 
sejarah mendapati pembentukan bangsa Melayu 
bermula daripada nenek moyang Orang Asli Asal 
yang berlabuh di benua Sunda lebih 60,000 tahun 
lalu.

Penyelidik sejarah dan penulis dari Ikatan Ahli 
Arkeologi Malaysia (IAAM), Zaharah Sulaiman 
berkata, kajian itu terbukti berdasarkan ujian 
asid deoksiribonukleik (DNA) yang telah dijalankan 
terhadap Orang Asli dengan tulang-tulang manusia 
prasejarah.

Katanya, bangsa Melayu semakin berkembang 
apabila berlakunya aktiviti merantau dan 
penghijrahan yang seterusnya membentuk 
beberapa suku kaum etnik komposisi Melayu 
Proto serta Orang Asli Asia Tenggara.

“DNA Orang Asli Semenanjung pula menunjukkan 
pertalian dengan Austro-Asiatics selatan Burma 
yang membangun secara sendiri di Andaman, 
Siam, Kemboja dan Champa.

“Sebab itu, hari ini kita dapat melihat pelbagai 
etnik Melayu se­perti Melayu Siam, Melayu Kemboja, 
Melayu Champa, Melayu Mon-Pyu, Melayu Filipina, 
Melayu Madagaskar dan banyak lagi namun dari 
segi baka serta keturunannya kesemua etnik itu 
adalah sama iaitu rumpun Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan 
kertas kerja bertajuk Asal Usul Melayu Dalam 
Pelbagai Perspektif Kajian Terkini dalam Seminar 
Asal-Usul Melayu dan Ke­langsungan Kerajaan 
Melayu di Asia Tenggara di Bilik Senat Bangunan 
Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 
Bangi dekat sini hari ini.

Majlis perasmian seminar tersebut disempurnakan 
oleh Yang Dipertua IAAM, Prof. Emeritus Datuk 
Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 
Yang turut hadir Prof. Emeritus Datuk Dr. Wan 
Hashim Wan Teh, Prof. Madya Dr. Zuliskandar 
Ramli, Dr. Mohd. Samsudin dan Bambang Budi 
Utomo.

Dalam kajian yang sama Zaharah memberitahu, 
pelbagai penyelidikan turut menunjukkan gen 
orang Taiwan kepada genetik populasi di Asia 
Tenggara agak kecil selain tiada bukti berlakunya 
penghijrahan petani dari negara itu.

Bagaimanapun, katanya, penyelidik sejarah 
percaya bahawa sebahagian besar orang Yunnan 
dan Taiwan berasal dari Asia Tenggara berdasarkan 
DNA tempoh usia mereka yang lebih muda iaitu 
52,000 tahun.

“Penyelidikan khusus dan terperinci yang 
dijalankan di Yunnan mendapati puluhan 
etnik masyarakat di sana, tiada seorang 
pun bertutur dalam bahasa Melayu malah 
tidak ada satu perkara pun di situ 
menggunakan bahasa tersebut.

“Sekurang-kurangnya ada sisa-sisa bukti 
malangnya langsung tiada selain ciri-ciri 
fizikal orang Yunnan juga langsung 
tidak kelihatan menyerupai bangsa Melayu,” 
katanya.-inspirasiremaja kini.

No comments: