Mungkin akan jadi antara sasaran IS!!!
Seorang paderi tampil menulis surat terbuka kepada blogger kontroversi, Alvin Tan susulan tindakan biadabnya merakam ‘lagu Azan’ melalui sebuah video, baru-baru ini.
Paderi sebuah gereja, Dr Sherman Kuek berkata, tindakan Alvin tersebut sangat kurang ajar yang bertujuan jahat.
“Kehadapan Encik Alvin, saya menulis kepada saudara kerana secara peribadinya saya marah terhadap tindakan saudara yang melakukannya dengan hasrat yang salah dan saya menganggap tindakan seperti itu penuh dengan sikap kurang ajar.
“Sama seperti rakyat Malaysia yang lain, saya sedar akan kurangnya rasa hormat saudara terhadap pihak berkuasa, kelakuan sosial dan kesedaran moral. Dengan itu, saya tidak akan terkejut jika surat ini dibalas secara tidak hormat.
“Barangkali tindakan yang saudara boleh ambil adalah dengan tidak menghiraukannya sama sekali, tetapi mengikut konteks di mana kami sebagai rakyat Malaysia hidup, apa yang dilakukan oleh saudara tidak boleh dilepaskan begitu sahaja tanpa bantahan daripada rakyat Malaysia,” katanya yang dipetik melalui blog miliknya.
Video bertajuk ‘Muslim Call to Prayer – Azan (R&B cover)’ yang dimuat naik melalui laman Facebooknya dikecam orang ramai, termasuk orang bukan Islam.
Dalam surat terbuka itu juga, Dr Sherman berkata penghinaan Alvin itu bukan hanya dirasai penganut beragama Islam, malah turut dilihat sebagai serangan kepada manusia-manusia di dunia yang menganut pelbagai agama.
“Barangkali bukan niat kamu untuk menolak ritual keagamaan secara keseluruhan tapi ia tetap merupakan sesuatu yang biadab dan walau kamu hanya hina sesuatu agama secara khusus, tapi tindakan ini tetap serangan kepada agama. Bukan hanya kepada rakan-rakan Muslim tapi turut dilihat sebagai serangan kepada penganut pelbagai agama.
“Penghinaan saudara mungkin boleh saja dilakukan terhadap zikir Katolik Latin ataupun zikir veda penganut Hindu…untuk ini, tindakan saudara membuat saya marah,” katanya.
Beliau sempat berharap agar Alvin mengambil masa yang cukup untuk analisa dan memahami apa yang sebenarnya yang berlaku di negara ini dan cuba terlibat secara membina daripada melakukannya dengan cara yang tidak senonoh.
“Dalam kapasiti peribadi dan sebagai rakyat Malaysia, saya bertegas menolak sebarang tindakan yang saudara lakukan dan akan lakukan. Video saudara yang lebih narsisistik daripada kelakar atau menghiburkan, ia suatu halangan kepada usaha kami untuk membina masyarakat yang lebih bagus untuk anak-anak kita dari semua agama.
“Saya harap saudara mempunyai hidup yang baik di Amerika di mana ekspresi anda benar-benar boleh bebas. Tetapi pada dasarnya, bukan amalan keistimewaan dan hak yang menentukan kualiti seseorang,” katanya, lapor Sinar Harian.
No comments:
Post a Comment