Friday, 17 April 2015

GADIS MANDI DARAH BABI KEKAL AWET MUDA!!!





NEW YORK: Chanel, seorang gadis berusia 19 tahun dipercayai warganegara Amerika Syarikat mengakui 
mandi dengan darah babi untuk menjaga kulitnya 
supaya kekal muda dan berseri.

Dia yang merupakan seorang pelakon, model sambilan 
pernah membintangi sebuah rancangan realiti iaitu 
MTV’s True Life: I’m Obessed With Staying Young.

Sebelum ini, Chanel menjelaskan kepada neneknya 
dengan mengatakan dia percaya amalan tersebut telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu untuk kekal 
muda.

Walaubagaimanpun, neneknya meragui lalu meminta 
Chanel membuktikan kesahihan dakwaannya itu tetapi 
dia gagal berbuat demikian.

“Saya meminta maaf dan sedar bahawa nenek saya 
bimbang tentang kesihatan saya tetapi saya tidak 
dapat berhenti melakukannya (bermandi dengan 
darah babi)," katanya.

Dalam pada itu, Chanel juga memuatk naik video ke 
laman sosial dan mengajar peminatnya cara-cara untuk 
kekal berseri seperti meminum teh hijau dan sebagainya.

No comments: