Saturday, 25 April 2015

BN Lemah Kerana UMNO Lawan UMNO?






1. Pada tahun 2003, Tun M menyerahkan jawatan Presiden UMNO kepada Pak Lah selepas lebih dua dekad menerajui tampuk pemerintahan negara.

2. PRU 2004, Pak Lah menjadi PM paling berjaya kerana BN menang banyak kerusi - kemenangan tertinggi  BN dalam sejarah pilihan raya


3. September 2004, Pak Lah mula tidak disenangi oleh Tun M selepas mengemukakan belanjawan sulungnya - Tun M dikatakan tidak senang dengan Pak Lah kerana membatalkan projek jambatan bengkok di Tambak Johor.

4. Pada tahun 2006, populariti dan imej Pak Lah sebagai 'Mr. Clean' mula merundum kerana kerakusan KJ serta 'budak tingkat 4' - Tun M mula menyerang pentadbiran Pak Lah di mana Tun M bertindak keluar daripada UMNO.

5. PRU 2008, Pak Lah menjadi PM paling gagal kerana BN hilang majoriti 2/3 di Parlimen - hanya 140 kerusi berjaya dimenangi BN selain hilang penguasaan di Selangor, Penang, Perak dan Kedah - Tun M mendesak agar Pak Lah melepaskan jawatan demi menyelamatkan UMNO.

6. Pada April 2009, DS Najib Razak dipilih sebagai PM sekaligus mewarisi sebuah kerajaan yang lemah hasil peninggalan Pak Lah - Tun M menyertai semula UMNO sebaik saja DS Najib Razak dipilih sebagai Presiden.

7. PRU 2013, BN hanya mampu memenangi 133 kerusi walaupun berjaya merampas kembali Kedah - dalam PRU13 juga memperlihatkan BN hilang 7 kerusi parlimen serta 71 kerusi DUN.

8. Bermakna, faktor kejayaan besar BN menguasai banyak kerusi dalam PRU 2004 disebabkan imej Pak Lah yang dianggap 'Mr. Clean' - sebelum imej tersebut musnah kerana gelagat 'budak tingkat 4'.

9. Kegagalan BN dalam PRU 2008 pula bukan kerana kelemahan pentadbiran Pak Lah - tetapi disebabkan serangan Tun M yang mahu menjatuhkan Pak Lah hingga menampakkan pentadbiran kerajaan lemah.

10. Kesimpulannya, PR sebenarnya bukanlah sebuah parti yang kuat tetapi BN lemah kerana UMNO lawan UMNO.

PRU 14 NANTI KITA TENGOK BERAPA NEGERI PULAK YANG TUMBANG DITANGAN PR? ATAU BN TERUS TERSUNGKUR ANGKARA SESEORANG YANG MERASAKAN DIRI MANUSIA YANG TERHEBAT!!!

KITA TENGOK SIAPA YANG AKAN TERSERET KE MAHKAMAH SEPERTI APA YANG DILALUI OLEH BEKAS-BEKAS PRESIDEN KOREA SELATAN!!!

TUNGGU DAN LIHAT! ITU PUN KALAU MEREKA PANJANG UMUR!!!

4 comments:

Anonymous said...

Tajuk ni cuba mempertahankan Najib?

Kutukan Dewata said...

catatan sejarah untuk pengetahuan generasi muda!hak seseorang untuk mempertahankan sesiapa pun.aku tak pertikaikan kalau kau nak mempertahan mahathir.mana ada manusia yang maksum pun sekarang ni!!

Anonymous said...

Maka, dgn kes2 dan situasi tertera skrg, berundurlah Najib.
Bukan kami yg buat tp dia lah yg memimpin negara, tanggungjawab lah.
Sejarah...kalau tuan kata mana ada manusia yg maksum skrg ini,maka apalah sahaja catatan yg berupa sejarah ini...

Anonymous said...

tinguk sejarah lampau bagaimana negeri2 melayu jatuh ketangan orang asing dan kini tinguk negeri2 melayu jatuh ketangan cina akibat melayu itu sendiri..shittt