Friday 17 April 2015

BAPAK BOREK ANAK RINTIK!!!

MUKHRIZ HINA PERDANA MENTERI DENGAN SIKAPNYA!!!


Betapa hinanya Perdana Menteri Datuk Seri 
Mohd Najib Tun Razak apabila Tiga Sayap 
UMNO Kedah membuat desakan supaya 
Perhubungan UMNO Negeri Kedah tidak 
membuat sebarang kenyataan menyokong 
kepimpinan beliau pada minggu hadapan seperti 
yang diumumkan sebelum ini.

Ketia-tiga ketua sayap ini, Ketua Pemuda UMNO 
Kedah Dato Shaiful Hazizy, Ketua Wanita, 
Datuk Maznah Hamid dan Datin Noorhashimah, 
Ketua Puteri UMNO Kedah baru beberapa hari 
lalu bersama Pergerakan Pemuda UMNO, Wanita 
dan Puteri membawa usul menyokong kepimpinan 
Perdana Menteri.

Hari ini, selepas berjumpa dengan Mneteri Besar 
Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mereka 
mendesak supaya UMNO Kedah tidak mengeluarkan 
sebarang kenyataan menyokong kepimpinan Mohd 
Najib.

Sebelum ini ADUN Bukit Lada (Kedah) Datuk 
Ahmad Lebai Sudin mendesak Mukhriz melepaskan 
jawatan Menteri Besar Kedah jika beliau tidak lagi 
menyokong kepimpinan Mohd Najib.

Desakan ini berikutan keengganan Mukhriz 
mengeluarkan kenyataan segera menyokong 
Najib setelah Tun Mahathir mengisytiharkan 
beliau menarik balik sokongan kepada Perdana 
Menteri.

Kita faham penghormatan dan kasih sayang 
semua pihak kepada Tun Mahathir. Menyokong 
Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden 
UMNO bukan bermakna kita menghina Tun M. 
Ia sekadar berbeza pendapat dalam menyokong 
siapa dalam parti.

Mereka juga boleh berbeza pendapat dengan 
Presiden parti dalam isu, namun mendesak 
Pengerusi Perhubungan Negeri tidak mengeluarkan 
sebarang kenyataan menyokong Presiden merupakan 
isyarat jelas bahawa mereka menolak kepimpinan 
Najib.

Ketiga-tiga mereka merupakan jawatan lantikan 
Ketua-ketua sayap. Terserah kepada Khairy 
Jamaluddin, Shahrizat Abdul Jalil dan Mas 
Eirmayatie.

Memang benar Mukhriz berada dalam serba 
salah dan memerlukan masa untuk menyelesaikan 
kekusutan krisis antara bapanya, Tun Mahathir dan 
Perdana Menteri Najib Razak. Namun untuk ketiga-
tiga sayap muncul membuat desakan ini sama ada 
diarahkan oleh Mukhriz atau tidak merupakan satu 
keputusan untuk menentang kepimpinan Pusat.

Inilah balasan UMNO Kedah kepada Najib Razak 
setelah pelbagai permintaan semasa pilihan raya 
dan selepas pilihan raya dipenuhi oleh Najib.

Apa yang UMNO Kedah minta tidak diberi oleh Mohd 
Najib?

Malah permintaan untuk membina lapangan terbang 
ketiga telah dipersetujui oleh Mohd Najib walaupun 
banyak pihak mempertikaikan keperluannya.

Mohd Najib bukan sahaja memenuhi banyak 
permintaan Kedah, malah ia juga memenuhi 
permintaan Tun Mahathir agar mengumumkan 
Mukhriz sebagai calon Menteri Besar yang 
baharu sebelum pilihan raya lagi.

Memang ada faktor tarikan dalam pengumuman 
Mukhriz sebagai bakal Menteri Besar.

Namun faktor Mukhriz semata tanpa sokongan dan 
dokongan UMNO kedah yang digerakkan oleh 
Datuk Ahmad Bashah dan bantuan kewangan yang 
besar dari Pusat, mustahil hari ini beliau menjadi 
Menteri Besar Kedah.

Selepas dua tahun setengah menjadi Menteri 
Besar, rakyat belum merasai apa-apa yang 
jelas kecuali kelibat Menteri Besar Kedah 
memakai jubah turun ke surau-surau dan 
kampung-kampung. Mukhriz memang mudah 
didampingi, tapi soal pentadbiran isu yang 
lain boleh dibahaskan.

Anehnya Menteri Besar dan pimpinan UMNO 
Kedah lebih berminat untuk menghakimi 
pencapaian kepimpinan pusat tanpa melihat 
pentadbiran sendiri.

Jangan nanti orang kata kita “berkokok sekampung 
tapi ekor penuh tahi.”-Jiwaparadox.

No comments: