Tuesday, 21 April 2015

169 NEGARA TELAH MELAKUKAN KEZALIMAN TERHADAP RAKYATNYA KERANA MELAKSANAKAN GST!!!


BETUL KE BOHONG???



Malaysia sebenarnya tidak berhadapan dengan 

masalah untuk mendapat sumber pendapatan 
negara tetapi sebenarnya negara bermasalah 
dalam menguruskan perbelanjaan. 


Kegagalan pengurusan perbelanjaan oleh kerajaan 

Barisan Nasional memangsakan rakyat hari ini 
dirompak oleh cukai barangan dan perkhidmatan 
(GST) zalim yang dikenakan secara paksa ke atas 
diri mereka untuk menambah hasil negara.


Seawal penubuhan Malaysia, pelbagai cukai 

dikenakan kepada golongan berkemampuan 
untuk menjadi sumber kepada negara sama 
ada menerusi cukai langsung korporat dan 
individu dan cukai tak langsung menerusi 
duti eksais dan cukai jualan dan perkhidmatan 
bagi sebahagian barangan dan perkhidmatan.


Malaysia juga memperolehi hasil lumayan 

dan mewah menerusi hasil bumi khususnya 
minyak sehingga menjangkau antara RM70-
RM80 bilion setahun.


Sekiranya kerajaan Barisan Nasional mengamalkan 

konsep perbelanjaan berhemah, tidak boros dan 
mengelakkan ketirisan maka pendapatan daripada 
sumber cukai sedia ada dan hasil bumi sudah cukup 
untuk menguruskan sebuah negara dengan penduduk 
seramai 28 juta.


Namun, ternyata kerajaan untuk tempoh 

yang panjang telah gagal menguruskan 
perbelanjaan negara menurut panduan 
Islam dalam berekonomi. Ia dapat dilihat 
menerusi fakta-fakta berikut:


a. Belanjawan Tahunan

Kerajaan Barisan Nasional membentangkan 

belanjawan defisit selama 18 tahun berturut-
turut sejak 1998. Belanjawan defisit bermaksud 
perbelanjaan yang dirancang melebihi pendapatan 
yang dijangka akan diperolehi. 


Kerajaan hanya menjangka akan membentangkan 

belanjawan berimbang iaitu pendapatan seimbang 
dengan perbelanjaan pada 2020. Ertinya negara 
bakal menyaksikan belanjawan defisit untuk lagi 4 
tahun mendatang.


Secara ringkas boleh dilihat perbezaan rancangan 

perbelanjaan kerajaan berbanding hasil yang dijangka 
sebagaimana tahun-tahun berikut:


Perbelanjaan (P) Hasil (H)



2008 (P) 176 bilion (H) 148 bilion
2009 (P) 207 bilion (H) 161 bilion
2010 (P) 191 bilion (H)148 bilion
2011 (P) 212 bilion (H) 165 bilion
2012 (P) 232 bilion (H) 186 bilion
2013 (P) 251 bilion (H) 208 bilion
2014 (P) 264 bilion (H) 224 bilion
2015 (P) 273 bilion (H) 235 bilion



b. Hutang Negara

Belanjawan defisit menyumbang untuk negara 

meningkatkan hutang negara daripada setahun 
ke setahun. 


Pada 2006 hutang negara hanyalah 247 bilion. 

Tetapi pada 2013 hutang negara telah meningkat 
kepada 546 bilion dengan peningkatan 299 bilion. 
Laporan terakhir 2015 hutang negara telah 
menjangkau 847 bilion.



Perhatikan jadual Hutang Negara sebagaimana 

berikut mengikut tahun:


1997 RM90 bilion
1998 RM103 bilion
1999 RM112 bilion
2000 RM125 bilion
2001 RM145 bilion
2002 RM164 bilion
2003 RM188 bilion
2004 RM216 bilion
2005 RM232 bilion
2006 RM247 bilion
2007 RM274 bilion
2008 RM317 bilion 
2009 RM376 bilion
2010 RM405 bilion 
2011 RM465 bilion
2012 RM501 bilion
2013 RM546 bilion
(Sumber International Monetary Fund)
2014 RM677 bilion
2015 RM847 bilion 
(Sumber The Economist)

Bayangkan, hutang kerajaan pada 1997 hanyalah 

RM90 bilion tetapi selepas 17 tahun pada tahun 
2014 telah menjadi RM677 bilion.


Pada 2003 ketika Tun Abdullah Badawi mengambil 

alih negara hutang negara ialah RM188 bilion.

Selepas 6 tahun pada 2009 ketika beliau melepaskan 

jawatan kepada Datuk Seri Najib ia meningkat sekali 
ganda sebanyak RM188 bilion kepada RM376 bilion.

Selepas 5 tahun Najib mengambil alih negara, 

hutang pada 2014 meningkat hampir sekali ganda 
sebanyak 301 bilion kepada RM677 bilion.


c. Ketirisan Perbelanjaan

Kajian yang dibuat oleh Pusat Membanteras 

Rasuah dan Kronisme terhadap laporan tahunan 
Ketua Audit Negara menunjukkan berlaku ketirisan 
dan salah urus perbelanjaan antara RM23 bilion 
hingga RM40 bilion. Sedangkan GST hanya dijangka 
menyumbang sebanyak RM23 bilion pada tahun 2015. 
Jika ketirisan ditangani maka GST tidak diperlukan.


Pada tahun 2008 perbelanjaan untuk mengurus 

negara hanyalah RM128 bilion tetapi untuk 2015 
kerajaan merancang perbelanjaan mengurus 
sebanyak RM223 bilion. 


Tidakkah ia merupakan peningkatan yang melampau 

untuk tempoh yang pendek iaitu 7 tahun dengan 
peningkatan hampir RM100 bilion?


Hasil daripada kegagalan menguruskan perbelanjaan 

inilah maka kerajaan mula berfikir untuk meluaskan 
lagi sumber kewangan negara sedangkan sebenarnya 
kerajaan tidak berhadapan dengan masalah sumber 
tetapi pada masalah berbelanja.


Penyelesaian mudah kerajaan ialah memperkenalkan 

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) kerana GST 
adalah cara paling mudah untuk mengutip sumber 
daripada rakyat.


GST dikenakan pada semua barangan dan 

perkhidmatan melainkan yang dikecualikan. 
Ertinya kerajaan mendapat ruang yang sangat 
besar dan luas untuk mendapat hasil menerusi 
cukai.


GST kena kepada semua rakyat tanpa mengira 

kaya atau miskin yang berbelanja dan mendapat 
perkhidmatan. Ertinya GST mempunyai cakupan 
cukai sangat luas. 


Jika sebelumnya hanya sekitar 1.7 juta terpaksa 

membayar cukai maka dengan GST berjuta-juta 
rakyat terpaksa membayar cukai setiap hari 
termasuk orang miskin.


Apabila cukai dikenakan kepada si kaya dan 

si miskin maka di sinilah ketidakadilan sosial dan 
kezaliman berlaku. Kerana itulah cukai GST adalah 
zalim dan haram menurut kaedah percukaian Islam 
kerana cukai sepatutnya hanya kena kepada orang 
yang berkemampuan sahaja.


Data 2012 menunjukkan 31.7% isi rumah Malaysia 

berpendapatan kurang daripada rm2500 dan 23.8% 
lagi berpendapatan antara RM2,500 - RM4,000. 
Ertinya lebih separuh rakyat Malaysia mempunyai 
pendapatan di bawah RM4,000 iaitu di bawah paras 
kemiskinan.

3 comments:

Anonymous said...

Nak mati dah gamaknya KD nie. Tak pernah sebelum2 nie tidak bersetuju dgn cadangan dan perlaksanaan Kerajaan Barisan Nasional......

Kutukan Dewata said...

aku mencari kebenaran bukan ampu sana ampu sini! he he he he!!!

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI