Saturday, 11 April 2015

BERHENTILAH MENGAITKAN DS NAJIB DENGAN ALTANTUYA!!!CARILAH SAKSI DAN BUKTI BARU!!!KALAU TIDAK BOLEH DITUDUH MEMFITNAH!!!

Altantunya Di Mata Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali 
lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah 
mengenali Altantuya Shaariibuu dan tidak terlibat 
secara langsung atau tidak langsung dengan 
kematian wanita Mongolia itu.

"Tidak ada bukti sama sekali yang timbul bahawa 

saya kenal Altantuya. Tak ada langsung, tak ada 
gambar, tak ada tulisan, tak ada saksi dan 
sebagainya.

"Mahkamah telah tentukan prosesnya sampai ke 

Federal Court (Mahkamah Persekutuan). Apakah 
kita nak persoal integriti mahkamah kita yang 
kita pertahankan sebelum ini?," katanya dalam 
program Soal Jawab TV3 Edisi Khas bersama 
Perdana Menteri, yang dihoskan Hamdan Ahmir.

Najib berkata demikian apabila ditanya sama ada 

beliau terlibat dalam kes berkenaan kerana meski
pun telah berlalu, ia masih dibangkitkan termasuk 
oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir 
Mohamad mengenai siapa yang memberi arahan 
kepada pegawai polis terlibat untuk 
membunuh Altantuya.

Perdana Menteri menjelaskan beliau telah 

melafazkan sumpah sebanyak tiga kali termasuk 
di sebuah masjid di Permatang Pauh pada 2008.



Pada Jun 2013, Mahkamah Rayuan memutuskan 

tiada sebarang bukti untuk mengaitkan Najib 
dengan kematian Altantuya.   

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid 

Tun Hamzah berkata seseorang tidak boleh 
sewenangnya menuduh atau mengaitkan apa-apa 
dengan Najib, yang ketika itu timbalan perdana 
menteri, hanya kerana penganalisis politik Abdul 
Razak Baginda secara kebetulan mengenali Najib.

No comments: