Di kalangan puak-puak pencacai dan
pengampu tokey-tokey serta puak
pembangkang, GST difatwakan haram.
Alasannya cukai GST tak pernah dikutip
zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
Walaupun para mufti telah memberikan
fatwa keharusan untuk sesebuah kerajaan
mengutip cukai untuk pembangunan negara,
namun perangai pencacai sukar diubah.
Alasannya mereka kata mufti tak cukup
ilmu dan terpaksa ikut kerajaan sebab
makan gaji bulan.
Tapi bagaimana jika mereka sendiri jahil
pasal ekonomi dan GST?
Menentang membabi buta...siapa yang
merasuah mereka turun ke jalanan melalak
tak tentu pasal? Tentu ada dalangnya kan?
Adakah mereka merancang melalak di
jalanan kerana nak berjihad menentang
'kezaliman' pemerintah.
Siapa yang zalim sebenarnya?
Para peniaga yang sesuka hati naikkan
harga barang hingga menyusahkan rakyat,
kerajaan pula nak disalahkan.
Apa jasa puak-puak penentang bagi
membenteras penyelewengan para
peniaga?
Diam saja, peluk tubuh dan redho semata?
Nak cukai yang adil, nak sistem ekonomi
yang adil? Yang macamana, macam ni kah?
Selama ni kerajaan membantu rakyat
membangunkan negara dengan wang
cukai. Jika cukai haram di mana lagi
sesebuah kerajaan nak dapatkan duit?
Nak pinjam IMF, nak tebang semua balak,
nak korek semua hasil bumi?
Jika cukai haram mengapa zaman Rasulullah
sudah ada pelbagai cukai?
Memang zaman Rasulullah tak ada GST tapi
ada pelbagai cukai lain juga. Zakat juga cukai,
Jizyah (cukai perlindungan/keselamatan),
Ushur (cukai perdagangan)dan Kharaj
(cukai tanah) juga cukai.
Negara Islam membangun menjadi empayar
dunia juga kerana cukai.
Zaman permulaan ketika Abu Bakar As
Siddiq menjadi khalifah, ramai kabilah
Arab mula menunjukkan penderhakaan
(ar-riddah) kepada pemerintah baginda,
salah satunya enggan membayar zakat
dan kharaj. Ada juga yang murtad
mengaku Tuhan dan Nabi baru.
Walaupun telah dipujuk dan diberi amaran
mereka tetap degil. Para peniaga menipu
dan memeras pelanggan. Akhirnya mereka
diperangi habis-habisan.
Jika zaman Rasulullah dan Khalifah
melakukannya, cuba tunjuk tang mana
yang dikatakan cukai itu haram?
Mungkin kerana puak pembangkang dah
gelupur kepanasan apabila tiada lagi isu
mahu dikaitkan dengan kerajaan maka di
cipta dan dijajanya pelbagai dakyah dan
fitnah.
Kerana takut hilang semangat dan sokongan,
maka diciptanya gerakan penentangan untuk
menjadi gelombang pemberontakan. Nak
tukar kerajaan ko ingat senang macam nak
tukar baju?
Tengok lah Iraq, Afghanistan, Mesir, Libya,
Tunisia, Syria, Yemen tak pun paling dekat
Thailand....amankah mereka selepas tukar
menukar kerajaan?
Nak ubah Perlembagaan...tengok Thailand
huru hara dok asyik tukar kerajaan...last-
last diperintah oleh tentera langsung tiada
demokrasi.
Nak turun berarak kat jalanan menentang
GST, gunakan gerakan militan IS untuk
cetus huru-hara?
Baru jer pihak polis menahan 17 suspek
yang merancang melakukan serangan di
Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Apa puak-puak pembangkang ada deal ka
dengan puak-puak militan menghuru-hara
kan negara semata-mata nak menunjukkan
Malaysia tak selamat, pemerintahan negara
lemah kononnya kerana banyak rasuah dan
rakyat tertindas terus kerana GST?
Atau akan ada pihak yang akan mengatakan
ini konspirasi dan sandiwara politik untuk
menjatuhkan pemimpin negara?
Hahaha kita tahu games mereka, ala-ala
Lahad Datu gitu...
2 comments:
Aku ingat KD nie dikecualikan dari GST kot sebab tu dia marah org tak suka GST.
Wahai Shbt KD. kalau setakat GST kami tak marah yg menjadi kemarahan rakyat sekarang nie adalah kenapa dengan cukai GST nie barang semakin mahal berbanding dgn sst ?? KD cuba pergi servey TF, Tunas Manja Jerantut barangan naik sehingga 16% - 19% blum lg GST. Kerajaan kena buat sesuatu.. Rkyat semakin marah dan terlalu kecewa skrg nie dengan apa yang mereka alami.
KD cuba bayangkan keadaan skrg org kampong yg bergantung kpd hasil getah dan kelapa sawit harga yang tak dapat membantu mereka untuk membeli barangan yg semakin naik skrg.
KD... Skrg tak perlu kita marah dan menunding jari kepada pembangkang yang kononnya apa yang berlaku sekarang kerana pembangkang. Tak ada sesiapa yang mempengaruhi.. rakyat dah merasai sendiri keperitan hidup skrg ini.
KD.. sy harap awk menulislah secara rialiti dan menulislah dengan tujuan dan niat untuk membantu rakyat......
Pelik tapi benar.
Gst x ada zaman rasulullah di kira haram laksana zaman kini..
Tapi hukum hudud ada di zaman rasulullah saw.
Akan teTapi..
Ditolak juga oleh pkr / PR..
Mana satu yg perlu diguna pakai ni..
Pening buntut dok pikiaq benda macam ni..
Post a Comment