Friday 10 April 2015

Saya Tidak Kenal Altantuya' - Najib! Tun M Perlu Kemukakan Saksi Dan Bukti Baru Untuk Menyokong Tuduhannya!!!

Berani Kerana Benar.....'Saya Sudah Lafaz Sumpah Saya Tidak Kenal Altantuya' - Najib



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 
sekali lagi mengulangi pendirian bahawa 
beliau langsung tidak mengenali model 
Mongolia Altantuya Shaariibuu.


Beliau berkata beliau tidak terlibat secara 
langsung atau tidak langsung dengan kes 
pembunuhan berprofil tinggi yang timbul 
pada tahun 2008 itu.


"Saya sudah lafaz sumpah yang saya tidak 
mengenali Altantuya dan tidak terlibat secara 
langsung sama sekali dengan Altantuya.


‎"Saya tidak kenal Altantuya dan tidak terlibat 
secara langsung atau tidak langsung dengan 
kes itu," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib 
Tun Razak ketika menjawab soalan pengacara 
dalam program wawancara khas yang disiarkan 
TV3, malam ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas 
persoalan mengenai perkara itu seperti yang 
dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun 
Dr Mahathir Mohamad, sebelum ini.


Menurutnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu 
Perdana Menteri yang terdahulu juga sudah 
mengesahkan perkara ini termasuk Ketua Polis 
Negara (Tan Sri Musa Hassan) pada masa itu 
juga sudah buat kenyataan bahawa beliau tidak 
terlibat.


Tambahnya, tiada bukti atau saksi untuk mengaitkan 
beliau telah terlibat dalam kes pembunuhan itu oleh 
pihak mahkamah.


Ketika disoal pengacara, sama ada Najib pernah 
disoal Dr Mahathir mengenai kes Altantuya, Najib 
berkata, beliau pernah membincangkan perkara itu 
sekali.


"Beliau tak persoal penglibatan perkara ini secara 
langsung kepada saya. Isu ini tak berbangkit sama 
sekali.


"Saya sendiri, sebagai Perdana Menteri pergi ke 
rumah beliau untuk berbincang," katanya-1 Malaysia.


KD:


JAWABAN YANG PASTI TIDAK MEMUASKAN HATI 
TUN M DAN KONCO-KONCONYA!!!


JAWABAN YANG MEMUASKAN HATI MEREKA 
IALAH:


MEMANG SAYA YANG ARAHKAN 
PEMBUNUHAN ALTANTUYA!!!


SELAGI TAK KELUAR JAWABAN SEPERTI ITU,
SELAGI ITULAH MEREKA AKAN GANGGU NAJIB 
SEPERTI MANA HANTU YANG SELALU 
MENGGANGGU MANGSANYA!


MEREKA LUPA ALLAH SENTIASA MEMERHATI 
MEREKA!!!

5 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Dari awal hingga akhir, tidak ada sesiapa pun yang menuduh Najib secara langsung atau tidak.

Tetapi yang dipersoalkan kenapa Najib perlu menjawab secara langsung (merepet) apabila ditanya oleh wartawan berhubung dakwaan Sirul dia menerima arahan.

Kenapa tidak berkecuali dan yang paling penting meminta pihak PDRM dan Peguam Negara melihat semula dahwaan tersebut kerana ia mencemar imej negara. Imej Negara lebih penting dari imej Najib.

Jawapan Najib itulah yang mengundang pelbagai permintaan dan persepsi. Nak salahkan pihak lain kenapa pula ?

Anonymous said...

Jangan harap amano majukan Melayu!

Pemimpin dah mula buka pekung dalam tee vee dan media lain.

Pemimpin kroni anak beranak kaya raya... rakyat kena kerja lebih keras untuk keluar duit tambah tiap hari.

Dah 50 tahun lebih dah...


Anonymous said...

heran juga bersungguh-sungguh benar hendak mengena Najib...bermacam-macam persepsi pula dilontar walaupun ampunya badan sudah menjawab...serba-serbi tak kena,dari "a" menjurus ke 'b' pula...dicari pula jalan lain setelah jalan itu "diclear"....apa masalah sebenarnya dan apa pula yang dimahukan sebenarnya????

Anonymous said...

Biarlah ahli UMNO yang tentukan kedudukan DS Najib. Bukan hanya TDM seorang yang boleh menentukan segala-galanya.
Kalau benar DS Najib bermasalah, semasa pemilihan parti nanti letaklah calon yang dirasakan berkenan di hati. Masa tu bertandinglah dan berkempenlah seolah-olah boleh mengubah segala-galanya.
Ingatlah zaman ini adalah zaman yang penuh persepsi semata-mata. Berhati-hatilah.

Anonymous said...

Zaman penuh persepsi?

Pemimpin kroni anak beranak kaya raya naik jet dan heli.

Rakyat bawa keluarga nak masuk kedai makan pun kena check duit cukup ke tak dalam poket........

Ini realiti bkan persepsi.