Sunday, 12 April 2015

MENENTANG PUN JANGAN SAMPAI MENGGADAIKAN AKIDAH!!!



Daripada ‘Auf bin Malik al-Asyja’ie r.a kata beliau: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sebaik-baik kamu dan sebaik-baik pemerintah kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, sedangkan seburuk-buruk kalangan kamu dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah orang yang kamu benci akannya dan dia benci pula akan kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka juga mengutuk kamu”.

Ditanya kepada baginda: “Apakah tidak boleh sahaja kami mencabut mereka (menggulingkan mereka)?” Maka Jawab baginda: “Tidak boleh selama mana mereka mendirikan solat yang lima, barangsiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin kemudian dia melihat pemimpinnya itu melakukan maksiat kepada ALLAH maka hendaklah dia membenci maksiat kepada ALLAH yang dilakukan itu tetapi jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan”. [Muslim, Ahmad, Ibn Hibban dll dan lafaz adalah untuk Ibn Hibban].

Daripada Ummu Salamah r.ha Isteri Rasulullah s.a.w bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada nanti para pemerintah yang mana ada tindakan mereka kamu setujui dan ada yang kamu ingkari, maka barangsiapa yang dapat mengenal pasti (antara yang baik dan buruk perbuatan mereka) maka dia akan terlepas (dari maksiat), barangsiapa yang mengingkarinya akan selamat, tetapi mereka yang reda dan mengikut (maka dia binasa)”. Kata Sahabat: Apakah tidak wajar kami memerangi mereka? Jawab baginda s.a.w: “Tidak boleh, selama mereka mendirikan solat”. [Muslim, Abu Daud, & al-Tarmizi].

Ketahui juga wahai para Hamba ALLAH, Rasulullah s.a.w telah meletakkan taat kepada pemerintah itu sebaris dengan taat kepadanya dan taat kepada baginda adalah Taat kepada ALLAH sebagaimana sabda baginda s.a.w:


“Barangsiapa yang mentaati aku maka dia telah mentaati ALLAH, dan barangsiapa yang menderhakai aku maka dia menderhakai ALLAH, barangsiapa yang mentaati pemerintah maka dia telah mentaati aku dan barangsiapa yang menderhaka kepada pemerintah maka dia telah menderhaka kepada aku” [Muslim].

Ini sudah jelas kepada kita bahawa memberontak kepada pemimpin yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w dengan apa cara sekalipun sama ada dengan perbuatan mahupun perkataan sebagaimana yang dijelaskan para Ulama, mencacatkan akidah dan Iman kita terhadap Rasulullah s.a.w dan Mutabaah kita terhadap Sunnah baginda.



Walaupun pada pandangan kita yang lemah dan menipu ini mengatakan bahawa memberontak kepada pemerintah itu ada faedahnya namun selaku seorang yang beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya hendaklah kita yakini bahawa apa yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w itu lebih benar, lebih baik, dan lebih berkesan dalam menyelesaikan masalah.


DALAM ISLAM ADA ADAB MENEGUR PEMIMPIN!BUKAN BUKAK BAGI SELURUH DUNIA TAHU! 


INI MELIBATKAN IMEJ NEGARA BUKAN IMEJ NAJIB AJE! TUN M DAH JADI ALAT PEMBANGKANG BILA DIA GUNA ISU ALTANTUYA YANG MEMANG CIPTAAN PEMBANGKANG! 


TANYA ZULKIFLI NORDIN! 


INI KE YANG DIA KATA SAYANGKAN UMNO DAN DALAM MASA YANG SAMA SERANG PEMIMPIN TERTINGGI UMNO!CEMAR IMEJ PM DI MATA DUNIA?


SERUPALAH DAP,SERANG HAJI HADI! TAPI KATA DIA SAYANGKAN PAS! AGENDANYA IALAH SURUH AHLI PAS GANTIKAN HAJI HADI DENGAN ORANG LAIN! 


SERANG PRESIDEN UMNO,KATA DIA SAYANGKAN UMNO,AGENDA DIA SERUPA AJE DENGAN DAP,SURUH AHLI UMNO GANTIKAN NAJIB DENGAN ORANG LAIN! 


INI SEMUA ISU PERIBADI! AWAK TAK SUKA AJAK ORANG LAIN TAK SUKA SEKALI! MANUSIA BILA DIPUJA OLEH PENTAKSUBNYA AKAN MERASA DIRI SENDIRI SANGAT SEMPURNA! 


SAMPAI TAHAP MERASAKAN DIRI SENDIRI LAYAK JADI TUHAN! 

"BN AKAN KALAH PRU 14 KALAU NAJIB MASIH LAGI MEMIMPIN!" 

MASYALLAH! MACAM TUHAN PULAK DIA NI! CUKUPLAH 22 TAHUN BERKUASA! 

BAGILAH KAT ORANG LAIN PULAK.MASING-MASING ADA CARA YANG TERSENDIRI!!!

BEREHATLAH SEMENTARA MENUNGGU MASA KEMBALI KEPADANYA!

1 comment:

Pakcu Rantau Panjang said...

Cerita kutuk mengutuk ni bila orang besar dah tak sama join maka anak kaki dibawah apa lagi.

Sama juga keadaan jika menantu kita tak elok perangai maka kita jaja sana sini maka tempiasnya ke muka ayah mertua juga. Dulu sayang menantu bagi anak kita...agak-agak jika menantu cerai anak kita maka ayah mertua akan kata bagus..kan anak kita jadi dara balik...begitu ke ?

Inilah cakap-cakap ayah mertua yang berfikiran pendek..yang termakan umpan pembangkang.Kalau rumah tangga anaknya hancur siapa yang bertepuk tangan..ayah mertua ke..pembangkang ?

Apa logiknya menepuk air didulang jika muka sendiri terkena juga.....walhaualam