Wednesday 15 April 2015

CINA BODOH KATA MELAYU TAK CERDIK!!!

Zairil anggap Hadi tak cerdik sebab kerjasama dengan Umno?




Penolong Setiausaha Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari dilihat cuba menghalang hasrat Pas melaksanakan hudud di Kelantan dengan mengungkit kembali kisah lama parti Islam itu dan mengingatkan Pas agar tidak masuk perangkap Umno untuk kali kedua.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung parti Islam itu wajib berunding dengan Umno, turut memberi peringatan kepada Pas agar mengenang kembali insiden ditipu oleh Umno.

Ahli Parlimen Bukit Bendara itu berkata, Hadi sepatutnya sabar dan sedar bahawa Umno cuma mahu mempergunakan Pas dalam masa terdesak, bila Umno sudah selesa Pas akan dibuang seperti dahulu.

"Hadi Awang bukan orang baru dalam kancah politik Malaysia. Beliau seharusnya faham bahawa Umno cuma lunak kepada Pas ketika mereka terdesak memandangkan Umno sendiri yang menghalang pelaksanaan hudud pada 1993.

"Mengapa Hadi Awang begitu terburu-buru untuk mewajibkan kerjasama dengan Umno setelah banyak kali dikhianati mereka (Umno).

"Setelah berkali-kali ditipu oleh Umno, Pas seharusnya sedar dan tidak menjadi pelanduk yang melupakan jerat," kata Zairil.

Zairil turut membandingkan Hadi dengan beberapa tokoh Pas yang telah meninggal dunia seperti Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ustaz Fadzil Noor dengan mengatakan Hadi tidak jujur dan amanah dengan prinsip tokoh berkenaan yang mengingatkan Pas agar tidak berbaik dengan Umno.

"Berbeza dengan Presiden Pas kini, sikap pemimpin-pemimpin terulung seperti Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz senantiasa tegas, jelas dan jujur dalam berpolitik.

"Dalam isu hubungan dengan Umno, kedua-dua mereka lantang mengingatkan agar sentiasa menjauh Umno yang licik," katanya

Selain itu, Zairil juga mengungkit semula dan mempersoal Tragedi Memali yang berlaku 30 tahun lalu dengan mengarahkan Pas supaya menuntut Umno untuk bertanggungjawab terhadap pemimpin yang terbunuh dalam kejadian itu.



“Bagaimana pula dengan Tragedi Memali pada tahun 1985? Sekiranya Pas ingin bekerjasama dengan Umno, tidakkah mereka perlu terdahulu menuntut kebertanggungjawaban terhadap kematian Ustaz Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya?” -Utaranews.com-

1 comment:

Anonymous said...

Cina ini kata Melayu bodoh sebab tak dengar nasihatnya. Kalau Melayu jadi bodoh sebab mendengar nasihat bangangnya maka Melayu itu adalah Melayu yang pandai bagi mereka. Sebabnya mereka tahu cuma pemimpin Melayu yang bodoh sahaja yang mereka bolih cucuk hidung macam kerbau yang cuma perlu diberi makan rumput sampai "kenyang".

Mereka juga tahu bahawa mereka tidak akan rugi apa-apa pun sebab risikonya cuma jatuh kepada Melayu yang dah jadi kerbau kenyang itu sahaja. Itu pun sesudah mereka menguasai beberapa kawasan yang "kerbau" mereka tadi sudah dapatkan bagi pihak mereka.