Wednesday, 6 August 2014

TENTERA ISRAEL HANYA GAH DI MEDIA BARAT! HAKIKATNYA SERAPUH DAHAN YANG REPUT!!!


Video 18SG Puluhan Tentera Israel Terbunuh Tersebar



Di laman Facebook tersebar satu video 
menunjukkan kira-kira satu batalion tentera 
rejim Zionis Israel bergelimpangan mati 
selepas diserang pejuang Hamas melalui 
briged Al-Qassam.


Satu batalion dalam sesebuah organisasi 
ketenteraan biasanya mengandungi 300 
hingga 1,200 orang anggota yang dipecahkan 
pula kepada dua atau tujuh kompeni yang 
lebih kecil bilangan anggotanya.


Dalam video selama 1 minit 11 saat itu, 
dilihat para anggota tentera Israel yang 
lain sibuk memberikan rawatan kecemasan 
kepada rakan tentera mereka yang cedera.


Difahamkan pihak tentera Israel dan kerajaan 
Zionis sedang cuba menyembunyikan video 
berkenaan untuk mengelak daripada terpalit 
malu apabila pasukan tenteranya diserang 
sehingga mengakibatkan kematian yang 
besar.


Dengan penyebaran video ini, berkemungkinan 
kesediaan Israel menerima gencatan senjata 
selama 72 jam yang baru sahaja dipersetujui.


Melalui penerangan video ini, tidak diketahui 
bila serangan itu berlaku dan berapa ramai 
sebenarnya askar rejim Zionis yang mati 
terbunuh.


Keputusan gencatan senjata itu berjaya 
dicapai selepas satu perbincangan diada
kan di Mesir semalam, hanya beberapa hari 
selepas gencatan senjata pada Jumaat 
dicabuli Israel.


Menurut laporan agensi berita, Amerika 
Syarikat (AS) dalam reaksinya mengalu-
alukan perkembangan terbaru itu namun 
memberi amaran kepada pihak Hamas 
untuk memastikan kali ini ia berjaya 
dikekalkan.


“Ini adalah peluang sebenar, kami amat 
menyokong inisiatif ini,” kata Timbalan 
Penasihat Keselamatan AS; Tony Blinken 
kepada agensi berita CNN. 

No comments: