Tuesday, 19 February 2013

PERJUANGAN HUDUD TINGGAL SEJARAH,PIMPINAN PAS TAK TETAP IMAN.BERUBAH MENGIKUT KEPENTINGAN!!!!




Inilah Pas.Setelah sekian banyak melakukan kerosakan minda umat Islam baru nak mulakan semula hudud.Dulu-dulu beria sangat nak jalankan hukum hudud.Sampai hancur musnah perpaduan umat Islam se Malaysia.

Namun setelah menyedari sokongan bukan melayu menjauhi mereka dan mereka gagal memerintah maka mereka mula berjinak-jinak dengan puak ultra kiasu.Ketika itulah pemimpin tertinggi mereka mula mengeluarkan fatwa bahawa hudud hanyalah 0.001 peratus daripada intipati Islam.

ANEH YA SETELAH LEBIH 50 TAHUN BARU SEDAR HAKIKAT ITU.INILAH FATWA ULAMA POLITIK BUKAN ULAMA TULEN.

Lupakan hudud buat slogan baru Negara Kebajikan.Kalau setakat negara kebajikan, Amerika,England dan Ireland dah lama buat.Tak payah tunggu masuk Islam.

Heboh satu dunia Pas nak buat kebajikan maklumlah sebelum ini mereka jarang buat kebajikan.BN berjaya memangkah slogan mereka melalui tindakan dan pratikal.Segalanya nampak depan mata sedangkan Pas asyik berilusi dengan kata-kata.

Gagal lagi,Pas mati akal.Maklumlah ayam sabung mereka tu kurang cerdik berdepan dengan pemimpin BN yang serba berpengalaman dan berhemah tinggi.Cipta isu untuk menutup segala kelemahan agar orang boleh lupa.

Puja komunis pula.Ini ayam sabung patah taji punya kerja.Nik Aziz tepuk dahi pening kepala.Mu buat lagi,ambo dah ghoyak jange wat lagu tu,mu wat jugok.Habis keghanomu Mek Normoh.

Pemimpin Pas yang lain tak mampu nak menonjol.Tak kreatif langsung.maka menjadi-jadilah perangai Mat Sabu.Macam-macam merapu, macam orang lalok pekena syabu.Nik Aziz apa tunggu?Kalau dibiar, Mat Sabu tentu jadi hantu.Nik Aziz jadi buntu,Hj Hadi jadi keliru.Mahfuz tergaru-garu,Salahudin Ayob termanggu-manggu,Husam Musa buat tak tahu.

Apa boleh buat,tanggunglah sendiri.Pesan nabi tak betul-betul diamati.Tak dingati dan tak diikuti.Pilih pemimpin tu biarlah kepada yang ahli.Bukan pilih membuta tuli.Pilih pilih tebu dapat cili padi.

Nampak gayanya untuk membetulkan keadaan terpaksalah pulang semula kepada hudud untuk selamatkan kapal  yang dah nak karam.

Masalah pulak.Kafir harbi pujaan hati sudah amuk tok nading.Nik aziz,mu jange undur,mu takut tuhe ko mu takut manusio.Lawe tetok lawe.Tetu maruah pas mencacok semulo.Ambo sokong mu.Tetulah,hok molek kito sokong.

HANYA SATU PESAN SAYA,UNTUK DIRIKAN HUDUD PERLU PANDANG KEPADA SYARAT UTAMA.

PERTAMA PERBETULKAN AKIDAH PEMIMPIN PAS SENDIRI.SEJAK AKHIR-AKHIR INI MACAM DAH HILANG ARAH.SAMA WAKTU AJE DENGAN PKR DAN DAP.

KEDUA PERBETULKAN AKHLAK PEMIMPIN PAS SENDIRI..SEJAK AKHIR-AKHIR INI DAH SEMAKIN BERCELARU DAN MERAPU-RAPU.

RASULULLAH SAW. 10 TAHUN PERBETULKAN AKIDAH DI MEKAH.KEMUDIAN 13 TAHUN DIMADINAH.PERBETULKAN AKHLAK.SEMPURNA YANG DUA NI BARULAH  BICARA TENTANG IBADAT.SEMPURNA IBADAT BARU BICARA TENTANG MUAMALAT.

DALAM BANYAK2 RIBUAN MUAMALAT TERSELITLAH HUDUD.MEMANG BETUL KATA HAJI HADI.0.001 PERATUS.

LAKUKAN ITU.KALAU TIDAK RAKYAT BIASA TERHUKUM HUDUD.SEDANGKAN PEMIMPIN PAS AKAN SENTIASA TERLEPAS DAN MENGELAK HUKUM HUDUD.

FIKIR-FIKIRLAH WAHAI AYAHANDAKU NIK AZIZ!

No comments: