Tuesday, 12 February 2013

Kualiti Pemimpin Pembangkang!!!!

MURSIDUL AM PAKATAN PEMBANGKANG MESTI DUDUK DI TENGAH-TENGAH BARU DAPAT BERKAT!!!!





 i.


Mat Sabu bukan ulamak. Mat sabu dilabel sebagai puak Anwarinas dalam Pas. Sekelambu dengan Mat Sabu dalam Pas adalah Mahfuz Omar dan Khalid Samad (Selangor).

Manakala Nasrudin Mat Isa adalah seorang ulamak yang mendapat sokongan ulamak waras (yang bukan gila kuasa) diantaranya Datok Harun Din.

Puak Anwarinas mahu angkat Anwar jadi PM tetapi puak ulamak mengharapkan Hadi Awang atau Nik Aziz diangkat jadi PM jika PR menang pada PRU 13 nanti.

Puak alamak masih mempertahankan dasar perjuangan Pas yang asal iaitu Negara Islam dan Hudud walau pun mereka sedar peluangnya sangat tipis.

Puak Anwarinas pulak tidak menjadikan Negara Islam dan Hudud sebagai agenda utama. Agenda mereka adalah " Umno mesti dijatuhkan ". Jika Pas dominan, jawatan PM adalah milik Pas. Jika Pas tak dominan, jawatan PM adalah milik Anwar. Minta2 DAP tak dominan lah.


ii.

Malam 2 Sept 2012

Alor Setar

Anwar Ibrahim buat road show di perkarangan Stadium Darulaman.  Tak ada apa pun, ceramah saja.

Program anjuran PKR. 95% bendera yang berkibar adalah bendera PKR. Bendera Pas adalah satu atau dua terselit disana sini. Bendera DAP tak nampak langsung.

Hadirin. 75% terdiri daripada mereka yang pakai kopiah putih (memang sah lah itu orang Pas). Cina dan india kalau jumpa pun boleh dibilang dengan jari.

Mahfuz ada berceramah. Memang sah dia adalah puak Anwrinas yang akan angkat Anwar jadi PM. Mungkin tersasul atau memang dirancang. Mahfuz menyebut lebih kurang macam ini, " malam ini kita semua bertuah kerana kita akan berpeluang mendengar ceramah dan bertemu muka dengan Datok Seri Anwar Ibrahim Bakal PM Malaysia ". Jika nak kata saya berbohong, boleh tanya mereka yang hadir dalam majlis itu.

Mahfuz adalah Naib Presiden Pas (bukan kecik anak). Adakah itu mesej kepada Hadi Awang daripada Mahfuz bahawa, " saya tak yakin awak akan berjaya merebut kerusi PM " ATAU " saya tak yakin awak mampu memikul tugas sebagai PM walaupun kita menang dominan, Anwar lebih sesuai sebagai PM ".

Pemimpin2 kanan dalam Pas patut bertanya kepada Mahfuz. Apa maksud anda berkata begitu ? Adakah anda tidak yakin kita akan sampai ke Putrajaya sebagai PM ?

Kalau dengan Nasrudin Mat Isa yang hanya setakat bergambar disebelah Datok Seri Najib, yang hanya bersuara minta Pas kaji balik kerjasama dengan DAP yang tak sudah2 secara kurang ajar dan biadap menentang Negara Islam dan Hudud, dianggap sebagai telah melakukan satu dosa besar kepada Pas dan perjuangan islam sehingga dipecat.

Apakah keceluparan Mahfuz mengucapkan " Anwar Ibrahim bakal PM Malaysia " di hadapan Anwar Ibrahim sendiri, di hadapan hampir 10,000 penyokong Pas yang hadir pada malam itu di perkarangan Stadium Darulaman itu perkara biasa ? Tidak kah itu satu bentuk penghinaan kepada Pas ? Tidak kah itu menunjukkan Naib Presiden Pas sendiri tak yakin Presiden Pas boleh pegang jawatan PM ?
iii.





Masih berkenaan road show Anwar di perkarangan Stadium Darulaman.
 

Majlis PKR yang punya. Tapi hadirin 75% orang Pas. Buktinya adalah :

1. Ramai yang berkopiah putih daripada yang tak berkopiah. Yang tak berkopiah memang ada, tapi jaraaang jaraaang.

2. Diakhir ceramahnya saudara Mahfuz Umar telah menjerit perkataan takbir sebanyak 3 kali. Disambut riuh " allahuakbar " oleh hampir separuh daripada hadirin. Biasanya hanya orang Pas saja yang akan menjerit " allahuakbar " bila mereka mendengar jeritan " takbiiir " sebanyak 3 kali.

3. Selepas Mahfuz Umar turun dari stage, giliran Anwar Ibrahim pulak naik stage. Selepas membuat jemputan kepada Anwar untuk naik stage, pengacara majlis (orang PKR) membuat jeritan " Reformasi " sebanyak 3 kali, tapi menyedihkan tak dengar pun balasan jeritan " reformasi " daripada hadirin. Mungkin orang PKR sendiri malu nak membalas jeritan " reformasi ".

Sebab itu saya berani kata 75% yang hadir adalah orang Pas.

So what ? Keep on reading lah ...


  
 iv.
 
Kita masih dalam road show Anwar Ibrahim lagi ...

Mari kita menilai perasaan orang Pas. Adakah mereka ni tak ada perasaan. Dah jadi macam tunggul mati.

Mahfuz Umar Naib Presiden Pas, dengan jelas dan terang menyebut dalam ceramahnya " Anwar Ibrahim bakal PM Malaysia " di hadapan hampir 10,000 orang Pas. Orang Pas nampak macam tak terasa apa2 pun. Kayu kah atau tunggul kah mereka ini ?

Dari segi moral, Mahfuz dengan tanpa berselindung nak bagi tahu orang2 Pas. Walau pun kita menang, bukan Hadi Awang yang akan kita angkat sebagai PM. Yang kita angkat adalah Anwar Ibrahim.

Dari segi moral juga, Mahfuz nak bagi tahu kepada orang2 Pas. Nak jadi ,tak jadi ke Negara Islam yang kita perjuangkan. Nak laksana, tak laksana ke Hudud yang kita perjuangkan, PM Anwar Ibrahim yang akan tentukan. Kalau Anwar kata YES maka akan terbentuk lah negara islam dan terlaksana lah Hudud. Kalau Anwar kata Oh NO because I have to refer to DAP first, maka perjuangan Pas ni pi mai pi mai duk tang tu jugalah.

Saya tak kisah kalau Mahufuz sebut perkataan itu dihadapan hidirin yang 75% adalah orang PKR.

Ish ish ... tak sangka macam tu tunggul sekali orang2 Pas.

Kalau saya, kalau ada lah Naib Presiden Umno sebut orang lain daripada parti bukan Umno akan jadi PM jika BN menang, walau pun saya bukan orang Umno, tapi saya penyokong setia Umno, saya dah ajak kawan belah tinggalkan majlis.

Tapi orang2 Pas boleh tunggu sampai habis majlis. Mereka tak rasa apa2. Heran. Boleh jadi mereka pekak (tuli) sebab tu lah mereka tak rasa apa2.

Cerita diatas ini adalah cerita benar. Anda boleh dapatkan pengesahan daripada mereka2 yang hadir pada malam 2 Sept 2010 di perkarangan Stadium Darulaman.


 


 v.



Gua melayu, gua islam. Mahfuz Umar melayu (tapi warna mamak), Mahfuz islam juga. No Different la bro ...

Tapi Lim Guan Eng no same with me. I malay, he chinese. I muslim, he cristian. Very very diferent alot looo.

5 comments:

Anonymous said...

dewa kepala taik,

Dulu masanasarudin dalam pas kamu kutuk kaw2 bila dah keluar pas kamu sanjung bukan main. Memang betul la kamu di dewa kepala taik....

Wak Labu Farm said...


Salam Dewata,

Pemimpin2 PR ni memang tak berkualiti langsung jike di banding kan dengan pemimpin2 UMNO yang terlibat dengan rasuah, penyelewengan kuasa dan pembunuhan Altantuya

Kutukandewata said...

anon di atas sekali,

aku tak pernah kutuk nasaruddin.aku sokong dia dari dulu lagi apabila dia ada usaha dalam merealitikan kerajaan perpaduan.kau menuduh silap orang lah bro....

lagi satu aku tak kutuk peribadi orang.aku hentam kalau ada tindakan yang tak betul.pemimipin umno pun aku hetam bila menyeleweng.

lagi satu bahasa awak sangat bagus dan indah bunyinya sesuai lah dengan daya pemikiran awak.tahniah!

Kutukandewata said...

sahabatku wak labu,

saudara ada bukti ke?tuduhan membunuh adalah tuduhan yang serius.kalau ada bukti bawalah ke mahkamah.

kalau tk ada bukti itu fitnah namanya.

anti pedagang agama said...

tengok komen penyokong dia orang pun kita dah boleh nilai setakat mana kualiti pemimpin mereka.

penyokong pembangkang bahasa dia orang bahasa hampuras.penuh dengan caci maki.siapa ajar???

pemimpin dia oranglah!!!