Haiwan, Firaun dan Ulama
FIRAUN BAGI BR1M KEPADA RAKYATNYA,SURUH SEMBAH DIA SEBAGAI TUHAN.
ADAKAH NAJIB DAN KERAJAAN SURUH RAKYAT SEMBAH DIA???BENGONG SUNGGUH HAJI HADI.
Seorang yang menjadi Mursyidul Am
sebuah parti yang katanya memperjuangkan Islam menganggap rakyat yang
menerima BR1M dari Kerajaan adalah ibarat 'Ayam' yang mengejar 'Hampas'
kelapa.
Dan seorang lagi yang menjadi Presiden menganggap pemberi BR1M
sama dengan Firaun kerana Firaun juga melakukan perkara yang sama.
Di Malaysia, ulama PAS berlumba-lumba untuk mendapatkan undi dari
haiwan yang berkerumun memakan hampas kelapa. Itulah standard penerima
BR1M. Tetapi ulama mengharapkan haiwan ini untuk mengundi mereka.
Musuh politik PAS dianggap Firaun yang kerjanya menabur hampas. Malah hampas inilah yang diserbu oleh Haiwan-haiwan yang setiap pagi meminum air basuh kaki ulama PAS.
Air kaki itu saja yang suci. Yang lain semuanya najis.
Terbukti sudah Ulama PAS GAGAL mengajar pengikutnya kerana selama ini
PAS hanya mengajar haiwan yang hanya ikut apa yang diajar tanpa
bantahan.
'Haiwankah aku', hanya kerana wang ulil amri (Utusan)
ADAKAH wajar penerima bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat yang
diterajui Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai haiwan yang memakan
hampas. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika kita sebagai umat Islam
memahami konsep bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.
Jika kita hidup susah tetapi hendak mengharapkan kerajaan yang papa kedana pun tidak ada gunanya juga. Soalnya Kerajaan Pusat mampu memberi dan kita tidak kufur nikmat sanggup menerima maka mengapa dipersoalkan sama ada memberi duit sebagai memberi ikan dan bukan memberi pendidikan.
Bercakap soal memberi ikan dan bukan belajar cara menangkap ikan oleh
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, cuba lihat apa yang
dilakukan oleh kerajaan Terengganu di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri
Ahmad Said berbanding apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk
Seri Azizan Razak dengan pendidikan anak-anak negeri masing-masing.
Rakyat Malaysia berasa amat terguris dan menderita minda dengan
pandangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap mereka seperti
haiwan memakan hampas. Jika begitu ada baiknya Tok Guru melupakan niat
meminta royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Takut nanti dicop
meminta hampas pula. Mungkin beliau akan berkata, kalau minta banyak tak
mengapa kerana boleh beli banyak isi. Namun apa beza duit sedikit
dengan duit yang banyak jika ia diberi terus oleh Kerajaan Pusat.
Sebaik-baiknya royalti minyak diberi terus oleh Kerajaan Pusat kepada
rakyat Kelantan tanpa melalui kerajaan negeri yang tidak pernah tahu
bersyukur dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat selama ini. Jika mereka
yang mengagihkan kelak ditakuti mereka akan menganggap rakyat sebagai
ayam mahupun lembu.
Sepatutnya berfikir dahulu sebelum bercakap, bukannya berfikir
kemudian selepas bercakap sesuatu perkara kerana terlampau takut tewas
pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak pernah
menganggap rakyat seperti yang dianggap oleh Nik Aziz sebelum memberi
pelbagai bantuan untuk mereka. Semua golongan mendapat bantuan daripada
budak sekolah, orang bujang, pelajar universiti, peniaga, orang sakit
dan lain-lain lagi.
Adakah mereka sekolah lembu, orang muda tahi kuda, pelajar universiti
ayam atau orang sakit sebab terkena sampar ayam. 'Haiwankah aku?' Itu
kata rakyat hari ini sebagaimana C.N.Al-Afghani bertanya kepada pemimpin
Pas, 'Kafirkah Aku?'
Sebaik-baiknya Tok Guru bertanya diri sendiri adakah membantu anak
yatim dan janda ahli-ahli Pas yang meninggal dunia dalam Peristiwa
Memali sebagai bantuan kepada makhluk yang beliau maksudkan.
Adakah
nasib mereka terbela, ke mana perginya wang tabung Memali yang
dikhabarkan lesap tanpa diaudit. Sebaik-baiknya perkara ini menjadi
perhatian Tok Guru dan pemimpin pakatan pembangkang yang semakin galak
membuat janji-janji manifesto baru ibarat gula-gula paling beracun
menanti rakyat untuk mengulumnya.
Jika saya susah dan tidak berwang adakah salah saya dibantu.
Haiwankah aku? Kerana terpaksa menerima wang daripada Ulil Amri. Kerana
kalau diminta daripada Kerajaan PKR Selangor mereka akan bertanya,
tunjukkan bukti awak memangkah kami, baru kami beri apa kami janji.
Siapa yang lebih haiwan sifatnya?
1 comment:
HJ ADE anak samplomik
Hari-hari duduk mengaruk
Perangainya pula umpama berok
Menjual agama dek kerana colokkkkk
Patut x de orang begini
Menyusahkan umat setiap hari
Nak cari makan bukan begini
Lebeh baik menjual biniiiiiiiiii
Post a Comment