Thursday, 14 February 2013

Menaikkan Bendera DAP di Terengganu Hilang Undi!!!!!!.

Pemimpin PAS Terengganu Malu Untuk Menaikkan Bendera DAP di Terengganu Kerana Takut Hilang Undi.

Kerana Pemimpin PAS takut kehilangan undi penyokong sendiri,bendera parti DAP tidak akan berkibar di Terengganu,belum lagi PRU 13 sudah berlaku Perpecahan antara Pakatan Rakyat.Belum lagi dapat memerintah.

Gelombang kemarahan penyokong PAS semakin memuncak dengan isu Kalimah Allah dimana ramai penyokong PAS yang tidak berpuashati dengan Haji Hadi yang menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang dicetuskan oleh rakan Pakatan Rakyat iaitu DAP.



Bagi menipu penyokongnya dikampung kampung bahawa PAS tidak bersekongkol dengan Parti Kapir Rasict DAP,PAS tidak akan Mengibarkan bendera DAP yang merupakan rakan dalam Pakatan Rakyat.Ini bagi menutup aib pemimpin2 PAS Terengganu yang menyokong dan taat setia pada DAP dan PKR.

Dikampung2 tidak ada pun pemimpin PAS memuji DAP dan PKR kerena mereka sedar Orang kampung sangat benci dan meluat dengan Lim Kit Siang dan Anuar Ibrahim..apatah lagi dengan Karpal Singh dalam isu Kalimah Allah.


Kita boleh lihat di seluruh Terengganu, tidak ada satu pun bendera DAP dikibarkan malah bendera PKR pun tidak ada,ini mungkin kerana PAS tahu penyokongnya tidak MERESTUI hubungan SONGSANG dengan Parti Keadilan Rakyat serta DAP.

Bagi Penyokong PAS mengibarkan bendera DAP adalah bermakna menyokong puak Kapir untuk memerintah,mungkin Amanat Hadi telah sebati dengan mereka, sebab itulah sebenarnya penyokong PAS tidak akan mengibarkan bendera DAP di Terengganu.

Ramai penyokong PAS takut untuk memasang bendera DAP kerana takut di timpa bala sebagaimana yang berlaku di Kampung Tengah,Bukit Panau.



Penyokong Penyokong PAS di Terengganu semua sedang memerhatikan gelagat pemimpin2 mereka seperti Nik Aziz,Haji Hadi serta Mat Sabu,silap haribulan mereka semua akan berpaling tadah gara gara..HUBUNGAN LUAR TABIE dengan DAP dan PKR.



Saya suka mencabar PAS Terengganu untuk memasang bendera Parti DAP di setiap jambatan dan jalan di Terengganu menandakan sokongan PAS pada DAP yang dianggap saudara sebantal sepinggang sekuku...ada Beranikah PAS???

No comments: