Thursday, 28 February 2013

PILIHLAH YANG BETUL-BETUL BERKEPAKARAN DALAM SESUATU BIDANG!!!!


HENDAK MEMBINA RUMAH SURUHLAH TUKANG RUMAH.JANGAN PANGGIL TOK SIAK YANG TUGASNYA MEMBENTANG SEJADAH.
 
HENDAK BUAT PARANG PANGGILLAH SI PANDAI BESI.JANGANLAH PANGGIL MASTERCHEF YANG PAKAR  DALAM BIDANG KULINARY.
 
HENDAK MEMBUAT MAJLIS TAHLIL PANGGILLAH TOK IMAM.JANGANLAH PANGGIL DJ KARAOKE!!!!


MASING-MASING ADA KEBOLEHAN TERSENDIRI.MASALAHNYA SEKARANG TERLALU RAMAI YANG MERASAKAN DIRINYA PAKAR SEGALA-GALANYA.

INILAH MASALAHNYA BILA MEMBERI TUGAS KEPADA YANG BUKAN AHLI DALAM BIDANG TERSEBUT.

AKU BUKAN BERNIAT HENDAK MENGHINA.AKU CUMA NAK MENYATAKAN REALITI KEHIDUPAN YANG BERLAKU DI MALAYSIA.

DALAM URUSAN PENTADBIRAN NEGARA PERLU KITA SERAHKAN KEPADA ORANG-ORANG YANG BENAR-BENAR AHLI DAN MEMPUNYAI KEMAMPUAN SERTA ILMU PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN YANG LENGKAP DAN LUAS.

TELAH TERSULUH DI DEPAN MATA TERANG BENDERANG MENERANGI ALAM.JELAS KELIHATAN KEPADA KITA BAGAIMANA PINCANGNYA PENTADBIRAN YANG DIJALANKAN OLEH ORANG YANG BUKAN AHLI.

BAGAIMANA ORANG YANG HANYA TAHU HUKUM AGAMA NAK MENTADBIR NEGARA SEDANGKAN ILMU MENTADBIR HANYA ADA SECUBIT SAHAJA.

LIHAT KELANTAN,2 DEKAD LEBIH DITADBIR OLEH ORANG KURANG ILMU DALAM MENTADBIR.APA KEMAJUAN YANG BOLEH DIBANGGAKAN.PELUANG PEKERJAAN TAK DAPAT DISEDIAKAN DENGAN MENCUKUPI HINGGA MEMAKSA RAKYATNYA BERHIJRAH MENCARI REZEKI DI NEGERI ORANG.

SEKARANG LIHATLAH DI KEDAH.APA SUDAH JADI?HURU HARA DALAM URUSAN PENTADBIRANNYA DAN HURU HARA DALAM KRISIS KEPIMPINAN!!!

BIJAK DALAM HAL EHWAL ISLAM BELUM TENTU BIJAK DALAM PENTADBIR URUS SESUATU PEMERINTAHAN.


JADI SURUHLAH PEMANJAT KELAPA MENURUNKAN BUAH KELAPA.JANGAN PULAK SURUH MAK ANDAM NANTI TERSELAK KAIN SIBUK MELUKAH.

KESIMPULANNYA HAYATILAH KISAH IMAM AHMAD HAMBAL.

IMAM HAMBAL PERNAH DIDATANGI SEGEROMBOLAN TENTERA UNTUK MENDAPATKAN NASIHATNYA TENTANG PEMILIHAN PANGLIMA PERANG.

MANA MAHU PILIH ANTARA DUA.SEORANG BIJAK DAN PAKAR DALAM HAL-HAL STRATEGI PEPERANGAN TAPI BANYAK DOSA.SEORANG LAGI TERLALU ALIM TETAPI AGAK KURANG DALAM ILMU PEPERANGAN.

IMAM AHMAD HAMBAL BERKATA,AMBILLAH YANG PERTAMA.DOSA DIRINYA ADALAH URUSAN PERIBADI DIA DENGAN ALLAH SEDANGKAN KEPAKARAN DIA ADALAH URUSAN DIRINYA DENGAN MASYARAKAT DAN NEGARA.

MANAKALA YANG KEDUA TADI,KEALIMAN DIA ADALAH URUSAN DIA DENGAN ALLAH.KEKURANGAN DIA ADALAH KELEMAHAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA!!!!

JADI FIKIR-FIKIRKANLAH.JANGAN SAMPAI PILIH TEBU DAPAT TEBERAU!!!!

No comments: