Kenapa Songkok MAZA Tercabut Di London???
Lihatlah wajah
seorang yang kononnya ulamak besar dan terhebat di Malaysia yang mula
mengejar glamor dan cuba membina nama seperti penceramah pentas politik
Pas. Hanya kerana beliau pernah menjadi Mufti Negeri maka apakah itu
dijadikan batu loncatan untuk beliau sebegitu berani mengeluarkan
'fatwa' murahan demi sesuap nasi ?
Terlalu banyak isu
yang beliau cetuskan hanya kerana nak mengejar dan mengekalkan
populariti sebagai Ulama Negara ? Malah beliau dilihat sedaya upaya
ingin menyaingi Ustaz Azhar Idrus yang menjadi fenomena rakyat Malaysia
pelbagai peringkat umur walau Azhar hanya dilihat menggunakan senjata
'humor' untuk membuka mulut pendengar agar ketawa disetiap kuliah
beliau.
Semua isu MAZA
dilihat cuba campuri, dari isu agama hinggakan isu BR1M. Terkini beliau
membuat lontaran sinis dalam blog beliau sendiri ;
"...pelacur
kadang-kala kurang buruk dari sesetengah kerajaan atas muka bumi ini
kerana pelacur mengambil upah dari hasil dirinya. Sementara pemimpin dan
kerajaan yang menipu mengambil wang negara dan rakyat yang dibahagikan
semasa sendiri terlebih dahulu dan sedikit pemberian untuk rakyat sambil
berlagak seolah wang tersebut dari poket peribadi mereka...."
Apa maksud MAZA sebenarnya ?
Kalau
nak menegur tak perlu berkias, ulama berkias bukan membawa apa-apa
menafaat pada orang kampung yang miskin dan perlukan bantuan. Bahasa
semantik bukan semua rakyat marhain faham dan bukan semua orang bijak
pandai faham apa disebalik tafsiran mantik itu.
Kalau
nak berkias tak perlu jadikan binatang sebagai perumpamaan, tak wajar
jadikan PELACUR sebagai sandaran. Tak perlu bersuluh dalam terang dan
tak perlu bersilat dalam suram. Sebagai kononnya ulama maka peribadi
kena seperti pewaris Nabi bukan berwatak seperti bab* yang tahu
menyondol tapi tak tahu undur !
Apakah
niat MAZA ketika cerita sang Pelacur dijadikan bahan sindiran, kenapa
pelacur ? Apakah kerana ketika berjalan di Kota London dahulu Dr Maza
dilihat banyak masuk ke dalam PONDOK TALIPON AWAM ? Kenapa MI cuit bab Public Phone ?
Siapa yang pernah ke London tahulah apa yang ada dalam Booth Public
itu. Bukan nak menuduh tapi kenapa songkok dan kopiah Maza hilang di Kota Pelacur yang mana sah niaga body itu ?
Setakat nak berkias, semua penulis boleh berkias. Antara tahan dengan tidak saja telinga boleh menadah.
Apakah dengan lesen sebagai bekas Mufti Negeri maka kita boleh dengan mudah menidakkan kebaikan manusia lain ?
Apakah betul tafsiran hadis dan ilmu wahyu Allah itu ?
Apakah beliau sebagai rujukan Tafsir ?
Pernahkah
MAZA terima upah ketika datang mengajar atau beri kuliah agama ? apakah
percuma ? Kenapa ambil upah kalau pemberian itu kadang datangnya dari
Kerajaan, samada Kerajaan Pusat atau Negeri.
Terlalu rapuh cara Maza nak berpolitik !
Terlalu murah harga diri orang miskin yang ditidakkan haknya !
No comments:
Post a Comment