Wednesday, 20 February 2013

Batu Yang di lempar burung ababil ditemukan.


 
BATU SIJJIL
 

Dalam kitab suci Al-Qur’an, Surah Al-Fil ayat (4), Allah SWT menyebutkan bahawa burung Ababil diutus oleh Allah SWT untuk menghancurkan kawanan tentera (dalam tafsir disebutkan bahwa kawanan tentera itu adalah pasukan Abrahah yang menyerang kota Mekkah dan ingin menghancurkan Ka’bah).



Dalam surah tersebut, dinyatakan bahawa burung Ababil melempar batu dari SIJJIL ke kawanan tentera penyerang tersebut, sehingga kawanan tentera itu hancur luluh bagaikan daun-daun yang hancur dimakan ulat.


Seperti apakah batu SIJJIL ini? Tentu hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Ibnu Abbas dan ahli tafsir lainnya mengatakan bahawa batu Sijjil itu adalah batu yang berasal dari tanah (thin) yang mengeras. 
Ikrimah (seorang ahli tafsir) mengatakan bahawa ketika tentera itu terkena batu Sijjil, badan-badan mereka melepuh seperti orang yang terserang cacar yang sangat parah. 
Ahli tafsir lain seperti Ibnu Zaid, Said bin Abi Hilal dan lainnya mengatakan bahawa batu SIJJIL itu merupakan batu dari langit. Wallahu A’lam.


Nah, terlepas dari ikhtilaf tafsir di atas, baru-baru ini seorang lelaki asal Saudi Arabia mengaku memiliki sebiji batu jenis SIJJIL tersebut! 
Lelaki bernama Shalih Masfar al-Ghamidi mengaku menemukan batu yang sudah berumur 1442 tahun tersebut di sebuah kawasan di Saudi Arabia. 
Sebuah lembaga di Mesir sudah menawar batu bersejarah itu dengan harga 4 juta US Dollar, tapi Shalih menolaknya. Ia hanya bersedia memperlihatkan foto-fotonya saja. 


Shalih mengatakan kepada harian Sabq: “Saya menemukan batu Sijjil ini yang seberat 131 gram. Pada batu tersebut terlihat ada semacam gambar kawanan burung dan gajah”.


Shalih menambahkan: “Saya menemukan batu ini pada tahun 1431 H yang lalu di sebuah kawasan lembah bernama Wadi Jarab yang terletak di Provinsi al-Aqiq (Saudi Arabia). Di lembah inilah dulunya Abrahah dan tenteranya pernah menetap beberapa lama”. 

Pengakuan Shalih ini tentu saja mengundang keterujaan ramai orang. Tapi tidak sedikit juga yang tidak percaya.Wallahu A’lam.

No comments: