Apa Terjadi Kepada Vagina Wanita Ketika Hendak Melakukan Hubungan Seks???
Sebagai wanita, anda perlu tahu apa yang berlaku pada diri anda
apabila anda berada dalam mood untuk lakukan hubungan seks.
Ini kerana
ia boleh membantu anda untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa
yang seterusnya akan membebaskan fikiran anda dari rasa gelabah,
terkejut dan sebagainya.
Apabila anda di rangsang atau rasa terangsang di sebabkan aktiviti
pemanasan sebelum melakukan hubungan seks, denyutan jantung anda akan
menjadi semakin kuat.
Ketika ini, perasaan anda akan rasa sedikit
gemuruh dan segala perasaan dan emosi anda ke arah ingin mendapatkan
kepuasan bersama dengan pasangan anda.
Perasaan ingin mendapatkan kepuasan akan menyebabkan hormon khas
dibebaskan di dalam badan. Akibatnya, sel darah di bahagian anggota
sulit wanita mula mengembang.
Dalam masa yang sama, darah akan di pam
dengan lebih laju ke seluruh badan terutama bahagian–bahagian seksual
seperti payudara, pinggul, vagina dan peha.
Akibat sel darah yang mengembang dan darah yang banyak di alirkan ke
bahagian anggota seksual, wanita akan kelihatan sangat seksi iaitu
pinggulnya menggoda, vagina akan jadi lebih tembam dan
payudara akan lebih besar. Perasaan wanita ketika ini adalah ingin
melakukan hubungan seks dengan sepuas–puasnya.
Jika anda tidak dapat rasa ingin
lakukan hubungan seks dengan
sepuas–puasnya, itu bermakna diri anda tidak bersedia untuk lakukan
hubungan seks.
Di sebabkan sel darah di dalam vagina anda mengembang,
kedalaman lubang vagina anda akan meningkat sekali ganda iaitu pada
ketika anda sedang normal, kedalaman lubang vagina anda adalah hanya 3
hingga 4 inci. Apabila di rangsang, ia boleh mengjangkau sehingga 10
inci.
Oleh itu, anda jangan ragu–ragu sama ada zakar suami anda boleh
masuk atau tidak ke dalam vagina anda kerana lubang vagina anda memang
sudah bersedia dengan kepanjangan dan kebesaran zakar suami anda.
No comments:
Post a Comment