Sunday, 10 February 2013

WANITA PALING SADIS DI DUNIA!!!



Ini Dia 9 Wanita Paling Sadis di Dunia.

 


Kekerasan selalu dikaitkan dengan lelaki. Namun ternyata, ada sejumlah wanita yang melakukan pembunuhan dengan keji. Sebahagian daripada mereka  membunuh hanya untuk keseronokan belaka. 



Ada yang menjadi pembunuh berantai, ada pula yang membunuh kerana kekuasaannya.



Berikut 9 orang wanita paling sadis di dunia:



Ratu Mary I

 


Ratu Mary I lahir pada tahun 1516 dan meninggal pada 1558. Dia adalah satu-satunya anak  Raja Henry VIII dan Catherine dari Aragon.


Mary dikenal sebagai ratu Inggris terkejam yang pernah wujud. Dia memaksa para penganut Kristian Protestan di England  menganut Kristian Khatolik. Mereka yang membangkang disiksa oleh Mary. Kejadian ini  dinamakan 'Bloody Mary'.


Sebanyak 800 orang penganut Kristian Protestan meninggalkan England kerana kejadian itu.



Myra Hindley


 


Myra Hindley adalah pembunuh berantai yang beraksi sekitar tahun 1960-an di England. Bersama Ian Brady, mereka bertanggung jawab atas aksi 'Moors Murders' yang berlaku di Manchester.


Mereka melakukan penculikan, pelanggaran seksual, penyiksaan dan pembunuhan terhadap tiga anak remaja. Bukti atas perbuatan keji mereka terakam dalam sebuah video.



Beverly Allitt


 


Wanita yang lahir pada tahun 1968 ini disebut sebagai 'Angel of Death'. Dia adalah pembunuh berantai paling terkenal di England.  Pekerjaannya jururawat.


Allitt bertanggung jawab atas pembunuhan empat orang anak dan mencederakan lima orang lainnya. Hingga kini, dia tak pernah menjelaskan motif perbuatannya.



Belle Gunness


 


Belle Gunnes adalah pembunuh bersiri dari Amerika Syarikat. Dengan tingginya yang menjulang hingga 1,83 meter dan berat 91 kilogram, dia adalah wanita yang cukup kuat dan memiliki kemampuan cukup untuk melakukan perbuatan sadis.


Dia membunuh suami dan dua anaknya dalam waktu yang terdekat. Bukan hanya itu, kekasih gelapnya ikut jadi korban pembunuhan. Jumlah korbannya seramai 20 orang. Namun sumber lain mengatakan hingga 100 orang korbannya.

Apa motifnya? Ternyata kerana polisi insurans dan aset-aset mereka.



Mary Ann Cotton


 


Mary Ann Cotton lahir pada tahun 1832 dan meninggal dunia tahun 1873. Wanita kelahiran England itu pembunuh berantai yang bermotifkan  wang. Korbannya tak lain adalah para suami dan anak-anaknya.


Mary membunuh mereka dengan menggunakan racun. Ada puluhan korban mulai dari suaminya yang berjumlah tiga orang, kekasih, teman, ibu, hingga anak-anaknya. 


Mereka semua tewas dengan racun arsenic.

Akibat perbuatannya, Mary dihukum gantung.



Ilse Koch



 


Ilse Koch adalah isteri  Karl Koch, komandan kem tahanan Nazi di Buchenwald dan Majdanek pada era perang dunia ke II. Wanita itu disebut sebagai penyihir dari Buchenwald, kerana kekejamannya.


Kerana kekuasaan sang suami, dia berleluasa berbuat kejam pada warga Yahudi. Penyiksaan hingga pembunuhan adalah kegiatannya sehari-hari di kem tahanan itu. Souvenirnya adalah tatoo pada tubuh mangsa  yang dia bunuh.


Kisah hidupnya berakhir tatkala dia bunuh diri di penjara wanita Aichach pada 1 September 1967.



Irma Grese


 


Irma Grese adalah produk lain daripada kekejaman Nazi. Dia disebut sebagai si jalang dari Belsen kerana kesadisannya di kem tahanan Ravensbruck, Auschwitz dan Bergen-Belsen. Wanita kelahiran 1923 ini duduk menjadi orang nombor dua di kem tersebut.

Dianggarkan 30 ribu orang wanita Yahudi yang menjadi tahanannya. Cerita soal kekejamannya bermula dari pemukulan, pecabulan seks, hingga ke pembunuhan sadis dan penyebaran gas beracun.

Dia dilaporkan menikmati semua penyiksaan itu. Sambil memegang pistol dan berkasut boot, setiap hari dia menonton semua adegan kejam tersebut dari dekat.



Katherine Knight



 


Wanita kelahiran tahun 1956 ini adalah wanita Australia pertama yang ditahan dengan hukuman seumur hidup. Dia membunuh mantan suaminya dengan tusukan hingga 37 kali di bahagian depan dan belakang.


Tak puas dengan tusukan itu, sang suami pun dicacatkan dan kulitnya digantung di ruang tamu. Sementara kepalanya disimpan di periuk untuk dijadikan sup. Sementara organ tubuh lainnya dijadikan makanan sampingan.


Rancangannya, 'makanan' itu akan dihidangkan untuk anak-anak mereka. Namun perbuatan itu akhirnya ketahui polisi.




Elizabeth Bathory


 


Ini adalah pembunuh berantai terkenal dalam sejarah Hungaria. Bermula dari khabar angin tentang adanya sejumlah gadis yang diajak bekerja di sebuah istana, lalu dilaporkan hilang. Ternyata khabar itu benar adanya.


Wanita kelahiran tahun 1560 itu membunuh gadis-gadis itu. Mereka dicacatkan, dan bahagian tubuhnya dipisahkan satu per satu.  Ada ratusan korban selama 25 tahun perlakuannya.


Elizabeth nyata bersalah, namun hanya ditahan di rumah  seumur hidup. Kerana status sosialnya dia tak pernah dibawa ke muka pengadilan.

No comments: