Monday 25 February 2013

SELAGI AKU HIDUP JANGAN KAU HARAP ITU SEMUA!!!!

 

Anak Allahyarham Fadhil Noor Mahu UMNO dan PAS Bersatu Demi ISLAM!


Seorang pendakwah yang merupakan anak bekas presiden PAS, Ahmad Fauwaz Fadzil membangkitkan semula soal kerjasama antara PAS dan Umno demi kepentingan Melayu dan Islam.


Malah, organ kedua-dua parti, Harakah dan Utusan Malaysia juga patut bekerjasama, kata anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor itu dalam satu wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia.

 
"Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini," katanya dalam wawancara bersama akhbar milik Umno itu.

 
Beliau juga berkata PAS dan Umno mempunyai "slogan" tersendiri dalam soal agama Islam, Melayu dan negara kebajikan.

 
"Tetapi apa apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan,"

 
"Kita perlu melihat perpaduan itu sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya'," katanya.

 
Sumber Mc ambil dari blog  MPP.

UMNO rasanya lebih terbuka dalam hal ni. UMNO dah OK, cuma Pas masih lagi setia bersama Dap.
 
 
KOMEN KD
 
 
ADIK,SEMUA ITU TAK KAN TERJADI SELAGI NIK AZIZ DAN ANWAR IBRAHIM SERTA PARASIT ANWARINAS HIDUP.
 
DENDAM YANG TAK TERLERAI BIKIN HATI TERTUTUP UNTUK MENCARI KEDAMAIAN DAN KESEPAKATAN.
 
TUNGGU AJELAH MASA DAN KETIKA APABILA PEMIMPIN GENERASI Y MEMEGANG TAMPUK KEPIMPINAN PARTI MASING-MASING. . .

No comments: